Monday, November 19, 2012

DPLI SR j-QAF ambilan 2013

Lepas ujian MTest hari tu, akhirnya aku layak ke temuduga. Tempat di Institut Perguruan Pengkalan Chepa, KB. Masa jam 11.00 pagi. Punyala berhari-hari aku ulangkaji --tapi sebenarnya tak tahu nk baca apa. Daripada seorang kenalan yang aku jumpa semasa ujian MTest dulu, dia ada khabarkan bahawa yang bakal ditanya semasa temuduga nanti termasuklah ujian bertulis jawi dan Bahasa Arab. @_@ ohhhh, rasa macam kepala ni dh dihempap batu besar. BA adalah antara subjek yang aku 'lemah semangat' sejak di sekolah menengah lagi. Dengan kelulusan hanya lulus, aku dapat agak aku akan hadapai kesukaran yang sungguh menggugat jiwa raga.

Beberapa hari sebelum hari temuduga, semua pasal pendidikan, perguruan aku download, isu-isu pendidikan terkini dan juga termasuklah pelan pembangunan pendidikan negara semasa. Tapi semua tu tak terbaca oleh aku. Sampai naik pening dok fikirkan pasal ujian BA tu. Sebab Ayah dan Ma memang berharap aku lulus dalam temuduga ni. Aku sebenarnya serba salah, aku takla seteruja mereka. Namun atas dasar tanggungjawab aku tunaikan hasrat mereka.

Nak dijadikan cerita, hari temuduga tu aku bersiap ala kadarnya, sepasang kasut yang aku simpan sejak waktu aku konvo dulu aku akan pakai. Kebetulan pagi tu hujan pun agak lebat. Ayah telah ingatkan untuk keluar awal dari rumah bimbangkan kesesakan jalan. Namun Allah jua yang tentukan aturan pagi tu kerana aku sendiri mengalami 'kegusaran dalaman mengejut' menyebabkan aku kelewatan setengah jam dari masa yang Ayah tetapkan. Perjalanan ke tempat temuduga 'diserikan' dengan ceramah oleh Ayah dan aku akur mendengarnya.

Tiba di destinasi, masih berbali 10 minit sebelum jam 11.00 pagi. Tapi nak dijadikan takdirNya, sebaik saja aku menjejakkan kaki keluar dari kereta, tiba-tiba tapak kasut aku tertanggal. Ya Allah! Aku diserang panik. Aku masuk semula ke dalam kereta dan sememang diduga Ayah makin hangat berceramah padaku. Apakan daya tiada kasut spare dalam kereta dan hanya 5 minit sebelum jam 11.00 pagi, aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah menukar kasut. Ayah menurut dan aku pasrah. Tapi Ayah me nukar fikiran terus ke Pantai Timur berdekatan seraya menyuruh aku segera membeli kasut dan kembali ke tempat temuduga. Nasib baik angin Ayah dah berkurangan. Aku terus meluru keluar, dengan memakai selipar Ayah mencari bahagian kasut wanita di tingkat atas pasaraya. Tak sampai 10 minit aku kembali dengan kasut baru tersarung di kaki. Mallu jangan cakapla, aku dah tak rasa apa-apa pagi tu.

Ayah memandu kembali ke IPG PC dan masa melewati 10 minit selepas jam 11.00 pagi sejurus aku tiba. Dalam kepanikan melampau, aku berseorangan terpaksa mencari bilik temuduga dan nasib baik seorang makcik menunjukkan aku arah yang betul. Aku tiba agak lewat namun kelihatan ramai yang telah berada di situ. Nasib aku agak baik bila salah seorang calon tersebut adalah rakan lama di ISLAH dulu. Nasib aku bertamabah baik bilamana dia memberitahu aku bahawa calon sesi pagi masih belum selesai untuk sesi perseorangan. Masih berbaki 5 orang. Syukur Ya Allah!! Rasa lega dan aku tak rasa bimbang sangat.

Disebabkan kelewatan itu, kami calon-calon untuk jam 11.00 pagi telah ditunda pada jam 2.00 petang. Aku mengikut beberapa kenalan yang baru aku jumpa di situ untuk rehat makan tengahari dan solat sementara menanti sesi kami bermula petang nanti. Aku bersama 8 lagi calon lain dalam satu kumpulan --kebanyakan mereka agak sama latar belakangnya dengan hanya seorang jejaka bersama kami. Temuduga hari tu terbahagi kepada 3 sesi. Pertama, ujian bertulis Jawi dan BA. Seperti dijangkakan, aku hanya mampu melihat dan merenung sedalam-dalamnya kertas soalan BA, manakala soalan bahagian jawi dapat aku selesaikan. Aku pasrah dan redha waktu tu.

Sesi kedua adalah berkumpulan, perbincangan dan perbualan mengenai topik yang diberikan. Kami diberi masa 30 minit mengupas dan bertukar-tukar pendapat tentang tajuk 'Imej Guru' dan 'Impaknya dalam pergaulan sesama guru serta masyarakat setempat'. Aku rasakan kami telah buat yang terbaik sepanjang sesi tersebut. Untuk sesi terakhir, temuduga perseorangan. Aku dapat giliran ke-6 dan sepanjang tempoh menanti loceng giliran aku berbunyi, sungguh menyeksakan. Waktu itulah aku rasakan batu besar kembali berada di atas kepala. Daripada calon awal, aku diberitahu panel akan menanyakan mengenai bacaan Al-Quran dan tajwid, bacaan teks jawi dan juga perbualan dalam Bahasa Arab. Betapa gelisahnya aku rasakan sementara menunggu giliran aku tiba, dan aku dapat bayangkan aku akan mengahadapi kesukaran yang amat bila berdepan dengan panel penemuduga nanti.

Giliran aku tiba pada jam 5.30ptg. Aku melangkah dengan jiwa gusar dan resah. Walaupun aku berjaya membaca Al-Quran dan teks Jawi serta BA dengan baik namun aku kelu bila disoal bahagian tajwid dan juga bila disuruh berbual dalam BA. Aku diberi peluang lain ditanya tentang isu-isu semasa pendidikan, kaedah pengajaran yang bakal aku ajarkan jika terpilih dan juga kebolehan aku berpidato. Walaupun hanya sebahagian sahaja penemuduga berpuas hati dengan aku pada hari tu namun aku tetap rasa aku telah gagal. Manakan tidak, aku cuma terluahkan sebutir dua patah perkataan Arab sedangkan mereka inginkan cerita pendek tentang tajuk mudah. Aku gagal kerana aku tidak dapat menguasai subjek BA dengan baik, dan aku juga agak lemah dengan tajwid AQ. Sesi aku berakhir pada jam 6.00 petang dan aku pulang dengan hati yang sangat kesal dan kecewa. Kami diberitahu keputusan akan dapat diketahui selewat-lewatnya minggu kedua bulan Disember nanti.

Aku telah buat sedaya yang aku mampu. Aku serba kekurangan, aku terimanya dengan hati terbuka tapi aku tak sanggup kecewakan harapan Ma dan Ayah jika aku gagal terpilih. Aku cuma dengan rela paksa menghadiri semua ini, kerana aku akan bertolak ke Kulim pada malamnya, menerima tawaran kerja dengan Makcik Jamilah. Aku telah melakukan kerja-kerja akademik untuknya sejak 3,4 bulan yang lepas. Aku tahu aku harus buat keputusan yang tepat untuk masa depan aku. Janji aku pada Makcik Jamilah akan aku tunaikan, untuk membantunya membuat kerja-kerja akademik dan juga pengajian masternya. Aku tahu aku gembira dengan pilihan ini. Aku harap Ma dan Ayah dapat terima keputusan aku dengan hati terbuka. Perjuangan aku masih panjang dan aku bakal merantau di tempat baru. Aku mohon kekuatan dan kesabaran daripadaNya agar aku tak mudah mengalah dan diberi petunjuk serta jalan yang diredhaiNya.

Thursday, December 29, 2011

Bukan Macam Aku....

Bukan senang kalau nak senang,
Bukan susah kalau nak susah,
Cuma itu semua terpulang kepada usaha dan semangat tak putus asa.

Tahun 2011 makin sampai ke penghujung
Dah ramai, banyak pula teman-teman yang dah ada kehidupan sendiri,
Bukan macam aku...
Dah banyak cara aku usaha, tapi masih belum ada hasil
Kehidupan aku masih macam 5 tahun lepas
Tapi ini adalah ujian untukku dan aku tetap teruskan hidup.

Seronoknya tengok mereka yang ada ramai kawan dan masih tetap berhubung
Bukan macam aku...
Sejak sekolah aku ada ramai kawan,
Sekolah menengah aku ada ramai kawan perempuan,
Masuk universiti pun makin tambah kawan dari seluruh negeri,
Tapi sekarang aku tak dapat kira berapa ramai yang masih kenal aku,
Betul ke aku ada ramai kawan dulu?

Ramai kawan aku sekarang dah kerja cikgu, peguam, jurutera
dan macam-macam lagi,
Ada kereta sendiri, dan ramai yang dah kahwin pun,
Bukan macam aku...
Kerja aku tak besar, masih cari kerja yang bagus sampai sekarang
Kereta memang tak mampu milik, nak kahwin? buat malu saja...
Aku masih usaha, kalau aku mengalah sampai bila aku nak jadi macam ni?

Bila baca cerita keluarga kawan-kawan lain yang pergi bercuti
bagusnya, mereka mampu pergi mana-mana pun,
Bukan macam aku...
Kali terakhir aku bercuti dengan keluarga 3 tahun lepas,
Walaupun hanya di sekitar KL, itulah waktu paling gembira pernah aku rasa.

Kerja yang bagus dapat bawa kita jadi orang yang lebih baik,
Itulah yang aku tengok pada beberapa orang ternama hari ini,
Bukan macam aku...
Mak ayah aku jadi cikgu bukan sekejap, lebih 20 tahun
Ramai anak-anak didik mereka sekarang jauh lebih baik daripada anak mereka,
Amin Idris (Motivator/Personaliti TV9),
Syahrul Azwari (Pemain Skuad Harimau Muda)...
adalah mereka yang pernah mendapat didikan mak dan ayah aku.
Tapi aku tetap bangga, walaupun aku cuma jadi anak mereka.

Hidup senang, dapat penuhi kehendak hati, tak pernah susah hati
Itulah impian setiap manusia,
Ada masa kita di atas, semua mata menandang pada kita,
Namun bila kita jatuh ke bawah, tiada siapa peduli,
Susah senang, suka duka hanya kita sendiri yang dapat rasa
biarlah kita mencari jalan sendiri tanpa bergantung kepada orang lain.
Cuma panduan hidup tentulah datangnya daripada mereka yang lebih
dulu makan garam dari kita, itulah panduan yang pasti takkan tersasar.
Mintalah pedoman dan petunjuk dariNya setiap masa.


Thursday, October 27, 2011

Harapan

Benarlah, kita tak dapat menghalang jika ianya adalah ketentuan Ilahi. Jika inilah takdir yang telah termaktub, kita hendaklah menerimanya dengan hati yang tabah. Mungkin sekarang kesusahan dan musibah ini terasa sungguh perit untuk diterima. Tapi di sebaliknya insyaAllah akan ada sinar bahagia yang pasti menerangi hari esok. Di sinilah penentuan kita dalam menghadapi ujian dan dugaanNya, lantas sebagai hambaNya kita hendaklah pasrah dan terus memohon kepada Dia Yang Satu supaya diberi kekuatan dan tabah dalam menghadapinya.

Hari-hari yang berlalu terasa sungguh sunyi. Rumah yang dulunya ceria dan gempita dengan suara gurau senda mahupun percakaran kecil antara seisi rumah kini hanya tinggal bunyi keriut daun pintu dan suara dari peti televisyen. Sesekali kedengaran bunyi lesung batu ditumbuk serta sudip dan kuali berlaga menandakan seseorang sedang memasak. Namun itupun hanya sekali sehari. Aku terasa sedih dengan keadaan rumah sekarang memandangkan Mama masih belum pulih daripada sakitnya dan berada di hospital. Hanya tinggal aku dan 3 orang adik bersama di rumah. Ayah berada bersama Mama, menjaganya setiap masa ditemani adik perempuanku yang seorang lagi. Ayah dan adik aku terpaksa mengambil cuti kerana ingin berada di sisi Mama.

Cuma aku, yang paling tua diamanahkan untuk menjaga adik-adik aku yang lain kerana perlu mengahadiri sekolah dan akan mengambil peperiksaan. Bukan aku tak pernah ditugaskan menjaga rumah dan menjaga adik-adik semasa ketiadaan Ayah dan Mama, tetapi sekarang aku bukan sahaja bertindak sebagai kakak yang tua namun aku juga adalah penjaga utama. Kerana Mama masih belum pasti bila akan keluar daripada hospital, akulah yang akan bertanggungjawab akan keadaan adik-adik dan rumah buat masa sekarang.

Harapan aku agar Mama akan segera sembuh dan dapat kembali ke rumah, bersama Ayah dan adik-adik yang lain. Aku harap dengan Hari Raya Aidiladha yang semakin tiba ni, kami boleh menyambutnya bersama-sama seperti tahun-tahun lepas. Aku sangat-sangat berharap aku masih sempat bersama-sama Mama seperti biasa, ketawa dan menangis bersama dan juga masih banyak ilmu kehidupan yang aku belum belajar daripadanya.Terlalu banyak yang belum aku kecapi daripada Mama dan hidup ini, hanya harapan dan doa aku mohon moga Engkau mendengarnya dan dengan izinMu aku masih dapat memeluk ibuku lagi...


p/s: Jika keadaan masih seperti ini, mungkin Aidiladha kali ini akan kami sambut di HKL bersama Mama di sana. Yang pastinya Aidiladha kali ini amat berbeza daripada tahun-tahun lalu.

Wednesday, September 28, 2011

KetentuanNya Tiada Siapa Bisa Menghalang

Dah lama Mama disahkan menghidap diabetes jenis 2. Kami pun dah sedia maklum. Sebelum ini Mama alhamdulillah masih boleh bergerak bebas, kuat, sihat dan masih boleh keluar shopping bersama. Namun sejak 2 tahun lepas, keadaan Mama makin merosot dan tahun inilah Mama nampak terlalu lemah, mudah letih dan kerap pengsan. Aku amat maklum dengan situasi Mama dan seakan tidak mahu berenggang dengannya, aku terus berada di sisinya hingga kini.

Ternyata Dia lebih mengetahui. Bila bulan lepas Mama mendapat luka di ibu jari kakinya dek di'makan air' dan lukanya tidak sembuh hinggalah terpaksa berjumpa doktor. Ketika diperiksa, keadaan Mama agak teruk dan ditambah dengan pemeriksaan tekanan darahnya yang tinggi. Mama dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan. Alhamdulillah, sehari di wad Mama dibenarkan keluar tetapi luka di kakinya belum sembuh juga. Kerana tidak mahu keadaan Mama tambah melarat, ayah bawa Mama ke sebuah hospital di Beris Panchor untuk cuci luka. Tapi itu pun masih belum membantu. Ayah bawa Mama ke HRPZ II untuk pemeriksaan rutin dan ternyata doktor telah bagi kata putus yang cukup payah untuk kami terima, lebih-lebih lagi buat Mama.

Keadaan luka di kaki Mama sudah terlalu teruk dan ibu jari takkan dapat diselamatkan lagi. Untuk mengelak daripada sel-sel mati teruk merebak, doktor telah cadangkan agar Mama menjalani amputasi di bahagian ibu jari kaki kirinya itu. Aku tahu Mama sangat kecewa dan terlalu payah untuk terima kedaan itu. Akhirnya Mama bersetuju untuk menjalani prosedur tersebut atas perbincangan bersama ayah. Moga itulah jalan yang terbaik Mama ambil agar kesihatannya tidak terjejas lebih teruk lagi. Kini Mama ditempatkan di Wad Dahlia HRPZ II dan pagi ini Mama sedang jalani amputasi ibu jari kakinya. Aku tak dapat berada disisinya kerana terpaksa berkerja. Mungkin petang nanti selepas habis kerja aku akan terus ke hospital melawat Mama.

~Aku mohon segala kekuatan daripadaMU Ya Allah dan tabahkan hatiku, dan hati ibuku moga kami dapat harungi masa-masa susah dan jadikan segala yang terjadi dugaan daripdaMU. Ampunilah segala dosa-dosa ibuku dan sejahterakanlah hidupnya di dunia dan di akhirat nanti. Aku sanggup berikan segala kegembiraan dalam hidupku hanya untuk melihat ibuku kembali sihat dan melihatnya tersenyum lagi....~

Monday, September 26, 2011

Penaku masih ligat menari

Balik dari kerja hari ni (petang semalam) aku dikejutkan dengan kiriman bungkusan yang agak besar. Nampak seperti kiriman barang penting. Bila aku belek di belakangnya, tertulis alamat yang cukup memberikan impak kejutan kepada aku.

Tertera alamat pengirimnya, LINCOLN RESOURCE CENTER | EMBASSY OF THE UNITED STATES KUALA LUMPUR, MALAYSIA. Belum pun aku buka kiriman tu, rasa teruja yang teramat sangat aku dapat agak sesuatu untuk aku di dalamnya. Betul! Di dalamnya ada sekeping sijil penghargaan  dan sekeping DVD bertajuk 'Gran Torino' ~hadiah di atas kejayaan aku memenangi salah satu kategori dalam pertandingan menulis esei anjuran pihak kedutaan US. Bila diingat semula, aku hanya dapat tahu tentang pertandingan ini kurang 3 minggu daripada tarikh tutupnya.

Punyalah aku kembali ke zaman jadi student dulu-dulu. Banyak benda positif aku dapat bila join competition macam ni, yang paling ketaranya bila aku dapat kunjungi semula perpustakaan awam Kelantan yang dulunya di zaman aku masih di sekolah rendah, di sinilah aku selalu habiskan masa dengan teman-teman yang lain. Bila aku dapat pelunag untuk berkunjung lagi ke galeri ilmuan ini, rasa cukup terharu dan bangga. Terus saja aku daftarkan diri sebagai ahli dan ke bahagian Lincoln Corners untuk pinjam bahan rujukan di situ. Aku ambil masa 2 minggu untuk habiskan 2 buah buku dan kemudian buat esei tentang aspek-aspek diversity di United States. Ada 2 kategori yang dipertandingkan, satu KENNEDY CATEGORY (16-22 tahun) dan dua bagi kategori LINCOLN CATEGORY (23-28 tahun).

Akhirnya esei aku terhasil dalam masa seminggu dan sedar-sedar hari itulah juga tarikh akhir untuk hantar. Alhamdulillah aku sempat hantar esei tersebut walaupun hanya tinggal kurang setengah jam sebelum waktu pejabat tamat. Memang asalnya aku berharap dapat memenangi pertandingan ini tapi kemudian aku rasa cukup puas hati kerana berjaya menyertainya. Biarlah apa keputusannya nanti, aku cuma berserah. Selepas 2 hari tarikh tutup, aku rajin meninjau di laman sesawang kedutaan US. Tapi kerana masih belum ada pengumuman, aku terus terlupa hinggalah aku dapat kiriman sijil penghargaan ini.

Walaupun aku tak dapat tempat pertama dan menang iPod shuffle tu, aku cukup berbangga dengan pencapaian ini. Mana tidaknya, kemenangan ini telah mengiktiraf hasil tulisan aku sebagai satu kepujian. Aku hanya dapat tahu pengumuman pemenang pertandingan menulis esei ini di laman sosial kedutaan US, yang mana telah pun dikeluarkan pada 22 September lepas. Di sini aku sertakan esei hasil tulisan aku untuk pertandingan ini, untuk tatapan semua.

************************************
Religious and social diversity in the United States.

“-that this nation, under God, shall have a new birth of freedom, and that government of the people, by the people, for the people, shall not perish from the earth.”
-Gettysburg Address, 1863 by Abraham Lincoln.

Through the history, America has been known as a land of multicultural of ethnic, cultural, racial and religious diversity. Looking to the beginning of America history, it is found what was considered as a unique social contract. This contract, which included a mutual relationship between the state and its citizens, was originally considered with a relatively homogeneous society in mind – racially, culturally and religiously. The story of America is about the story of its people and it also informs the story of religion variation in America.

During the colonial days, America has been converged with the European settlers whose came to seek for the religious freedom. It is because this land promoted as a haven for religious escapers and political persecution or seeks for economic opportunities as to find a better life. But religion has been the most progressive factor that influenced the mosaic of America. Since that influence continues in American culture, social life, and politics. Since 1960s many other religions have emigrated through their followers such as Hindus, Buddhists, Sikhs and others in great significant numbers but somehow majority of Christianity, Judaism and Islam are the most acknowledged. Reality today, America has been raising marvelously more wide diversity in religiously diverse and dynamic.

Christianity was introduced during the period of European colonization. It is the largest religion practiced by the majority of the population in the America. From those Christians, most of them are Protestants, another more are Catholics and also other branches of Christianity have since spread beyond the boundaries of ethnic immigrant communities and now include multi-ethnic membership and rural community. Despite its status as the most widespread and influential religion in the US, Christianity is undergoing a continuous relative decline in demographics.

Muslims community has been experienced a tremendous growth in population among other two major monotheistic religions and becoming the second-largest representation in the United States. Islam first been practiced in America after the African slaves arrived during 17th and 18th centuries which most of them were Muslims. Like other subcultural and religious communities, the Islamic community has generated its own political organizations and charity organizations, as well as institutions of education from kindergarten to school. According to some sources, Islam is the fastest growing religion in the United States. Much of the growth has been driven by immigration, and a comparatively high birth rate. Conversions also figure in this growth, with a quarter of American Muslims being converts, almost entirely African-American.

The Jewish community in the United States is composed predominantly who emigrated from Central, and their US-born descendants. Judaism is the third-largest religious affiliation in the America after Christianity and no-religion, though this identification is not necessarily indicative of religious beliefs or practices. In other context, Judaism is viewed as an ethnic culture which the immigrant generation began in the early 1880s.

A survey which is done in 2001 indicated that category of "no religious identification" had the greatest increase in population in both complete and percentage terms. This category included atheists, agnostics, humanist and others with no theistic religious beliefs or practices.

With both of the varied circumstances and historical contingencies that have shaped the American community, nor the differences of color, ethnicity, cultural background, and religion among them, it is never lied that the fact of their common humanity. The Muslims, Christian and Jewish experiences the reality nowadays reflects upon their shared struggles of faith and identity; of integration and assimilation, institution building and cultural.

Many elements are required to achieve all these common good. They include the emergence of a shared ethos; an operational civil ethic informed by religious values; responsible instruments of governance, giving all the American citizens whether they are white or black, Christian or Muslim or even Protestant or Catholic, the same right to live and to get jobs; of course that depend on how qualified they are. Despite the previous incident such as the tragedy of 9/11, where brought back most of American to find way back closer to religion, this has to look as a good start. It is showed that religion has been a central and often defining for throughout the history of man.

Sources:
1) RELIGION AND IMMIGRATION : Christian, Jewish, and Muslim Experiences in the United States.(Edited by Yvonne Yazbeck Haddad, Jane I, Smith, and John L. Esposito)
2) TWO MISERABLE PRESIDENTS : The Amazing, Terrible, and Totally True Story of the Civil War.(
Steve Sheikin)

Thursday, September 15, 2011

Pasangan sempurna

Ini kisah perjumpaaan dua orang sahabat yang sudah puluhan tahun berpisah. Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual, bersenda sambil minum kopi di sebuah cafe. Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal-soal nostalgia zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini.

"Mengapa sampai sekarang kamu belum berkahwin?" ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang. "Sejujurnya sampai sekarang ini saya masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih membujang. Dulu waktu saya di Utara, saya berjumpa dengan wanita yang cantik yang
amat bijaksana. Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya dan sesuai menjadi isteri saya. Namun kebelakangan selepas itu pada masa berpacaran baru aku tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai di situ.

Di Ipoh saya ketemu seorang perempuan yang cantik, jelita, ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama aku begitu takjub dan seronok. Hatiku berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru saya tahu, ia banyak tingkahlaku yg tak baik dan tidak bertanggung jawab.

Dan ketika aku di JB, aku bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu
menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui dia dari keluarga yang berantakan yakni berpecah-belah dan
selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.

Saya terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan kelemahan pada wanita yang saya temui.

Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan wanita ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik, pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat memberi perhatian dan sayang kepada orang lain. Saya fikir inilah pendamping hidup saya yang dikirim oleh Tuhan untuk saya".

"Lantas", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan "Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya?". Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab, "Baru sekarang aku mengetahui bahawa ia juga sedang mencari lelaki yang sempurna".

Nobody's perfect. Jadi jangan menyia- nyiakan apa yang sudah ada di hadapan kita, belum tentu nanti kita mendapatkan yang lebih baik dari yang sekarang kita dapat. Kalau kita mahu mencari yang sempurna, selidik dulu diri kita sendiri, apakah sudah sempurna di hadapan orang lain?

Wednesday, September 7, 2011

Penggunaan internet di kalangan remaja dan kanak-kanak: Keperluan atau Ketagihan?

Tiap kali bila aku di kaunter, tak sampai sejam aku buka kedai dah ada pengunjung dan pelanggan-pelanggan kecil dan remaja yang datang menyerbu. Aku hanya ingat keadaan ini hanya terjadi di bandar-bandar besar seperti di KL yang mana tak hairanlah pengunjung kecil dan muda kebanyakan menjadi pelanggan tetapnya.

Bukan aku arif dalam menilai keadaan ini memandangkan belumpun sampai setengah bulan aku kerja di sini. Namun bila saban hari aku berada di sini, aku dapat mengagak trend kebanyakan remaja dan kanak-kanak yang datang. Kemudahan internet diguna sepenuhnya untuk hiburan semata-mata. Daripada melayari laman-laman sosial hinggalah bermain online game, kesemua pengunjung tegar ini menghabiskan purata 1-2 jam sehari. Pengunjung pula adalah dalam lingkungan usia 6-25 tahun, manakala yang kerap menghabiskan masa di sini ialah yang berumur 10-18 tahun.

Aku bukanlah orang yang dipertanggungjawabkan untuk meletak salah atau hukum dalam hal ini tapi sebagai warga yang amat prihatin tentang kelalaian dan sikap lewa juga lagho' yang cukup membimbangkan, aku cuma hanya dapat luahkan pendapat di sini. Mungkin ada larangan atau peraturan yang boleh diguna untuk mencegah daripada gejala membuang masa dan juga wang ringgit dengan berhibur dan berseronok di pusat-pusat cyber di kalangan remaja atau kanak-kanak yang masih bersekolah.

Ada satu kejadian yang berlaku di tempat aku ini, yang mana satu hari seorang bapa kepada pengunjung tetap di kedai ini datang mencarinya. Daripada riak mukanya dapat aku agak yang pakcik itu dalam kedaan marah. Tika anaknya berjaya dipanggil keluar dari kedai, aku perhatikan pakcik tersebut sedang memarahi anaknya. Dilihat dia memeriksa dompet anaknya dan aku dapat lihat dengan jelas dari cermin kedai, anaknya itu mempunyai sejumlah wang yang aku sendiri fikir tak mungkin budak seusia itu mampu memiliki sejumlah wang seperti itu. Kemudian pakcik tersebut masuk ke dalam kedai dan cuba bertanyakan aku dan rakan sekerja aku yang turut berada di dalam ketika itu tentang kegiatan anaknya yang saban waktu berkunjung ke situ. Aku dan rakan sekerjaku sedaya mungkin tidak mahu menimbulkan sebarang konflik atau provokasi antara dia dan anaknya dan cuba sebaik mungkin memberitahu bahawa anaknya itu bukanlah seorang pengunjung tegar atau membelanjakan banyak wang dan masa setiap kali mengunjungi kedai itu. Mujurlah kata-kata kami dapat diterima oleh pakcik tersebut. Kemudian dia berlalu pergi dengan meninggalkan pesan supaya tidak lagi membenarkan anaknya itu memasuki premis atau menggunakan internet di situ. Kami akur dan akan menepati janji tersebut.

Setelah kejadian itu, buatkan aku berfikir kenapa timbul sisi buruk tentang penggunaan internet waima dunia hari ini sepenuhnya banyak bergantung kepada kemudahan capaian jalur lebar dan alam maya. Komunikasi atau segala urusan dari kegiatan harian hinggalah urusniaga dan pendidikan, banyak memerlukan kemudahan internet. Di mana silapnya hingga timbul penggunaan internet memberikan pengaruh buruk dalam kehidupan harian kita? Adakah pemahaman di kalangan beberapa golongan pengguna yang menyalahgunakan kemudahan internet atau memang internet memberikan kesan buruk kepada pengguna untuk jangka masa panjang? Siapa yang dapat kita ajukan persoalan ini untuk mendapatkan kebenaran dan jawapan yang betul? Jika hiburan di internet begitu negatif kepada kita, samalah dengan penggunaan televisyen di rumah malah mungkin lebih teruk kerana semua orang menontonnya hampir setiap saat setiap hari.