Monday, October 27, 2014

Karnival Rakan Belia Berkuda MPKB-BRI @ Pantai Mek Mas

RENTETAN DARI MULA HINGGA TERJADINYA PROGRAM TERSEBUT....



September 8

[PENGUMUMAN TERKINI !]

Alhamdulillah ini makluman terbaru berkenaan acara sukan berkuda bersama MPKB-BRI. Hari ni setelah jemaah kami bersidang, maka dh konfem jadi!

So selamatlah mengupdate tarikh penting ni masuk dlm jadual aktiviti masing-masing ok?


Ado byk maso lg nk pelasok kudo, nk groom kudo masing-masing sbb acara kito tu nati buke sajo ado belumbo abe kakok, ado tanding kudo comey jugok dan yg pasti hadiahnya berbaloi2 la!!!





September 23

Agak bengang bila ada sesetengah pihak yang mempertikaikan keberhasilan program Karnival yang bakal diadakan...

"Race hok PSBANK buat dgn MPKB bule 10 ni deh abe kakok dio...setakat ni xdop tuka tarikh lagi tu!"...hokayy??!

October 1
Dah konfem! Masa untuk hebahan besar-besaran!!


PROGRAM KARNIVAL RAKAN BELIA BERKUDA MPKB-BRI
TARIKH: 1 MUHARRAM 1436H / 25 OKTOBER 2014 (SABTU)
MASA : 9.00 PAGI – 6.00 PETANG
TEMPAT: PANTAI MEK MAS, JALAN KUALA BESAR, KOTA BHARU.


1) Kejohanan Perlumbaaan
a) Padi A, B dan C
b) Kacukan Kelantan A dan B
c) Bimo

Hadiah:
Pertama - RM350
Kedua - RM250
Ketiga - RM150
Keempat hingga keenam - RM100

2) Pertandingan Kuda Cantik
a) Kuda Besar
b) Kuda Padi

Hadiah:
Pertama - RM350
Kedua - RM250.00
Ketiga - RM150.00
Keempat hingga kesepuluh - Saguhati

Yuran Pendaftaran:
1) Kejohanan Perlumbaaan
     Padi RM20
     KK RM30
     Bimo RM50

2) Kuda Cantik RM20
=========================
Pertanyaan tentang tapak karnival atau mengenai pertandingan yg diadakan boleh hubungi:
Pejabat MPKB-BRI 09-7433101 (Ust Wan Sharafi/En. Arifin)
013-9764114 (En. Aisyam)
PSBANK 017-9414182 (En. Hassin)
011-29350584 (Cik Azura)


October 14
PERHATIAN!!
Kepada semua yang akan menyertai Karnival Rakan Belia Berkuda MPKB-BRI pd 25hb ni, diminta memastikan para joki anda memakai kelengkapan helmet dan kasut...WAJIB!!
*Peraturan oleh pihak penganjur.*


October 16
Setel meeting terakhir pelaksanaan Karnival @ MPKB-BRI.










October 19
Meeting ajk pelaksanaan Karnival di Majlis Perbandaran Kota Bharu, Padang Perdana bagi pelarasan tugas.
October 21
[KARNIVAL RAKAN BELIA BERKUDA MPKB-BRI]

Untuk perhatian semua peserta Kuda Cantik...sila amik pot!


October 23
Seharian meninjau hari ni...terdapat sedikit kelewatan menyiapkan trek kerana masalah teknikal namun kita akan pastikan segalanya berjalan lancar. Jange bimbe abe kakok belako deh?










************************************************
October 25
Acara bermula sedikit lewat kerana bahagian teknikal MPKB masih perlu menyiapkan aspek teknikal pada pagi hari acara. Namun atas kerjasama semua ajk dan pihak penganjur sega persiapan akhirnya berjalan lancar. Acara bermula dengan Pertandingan Kuda Cantik dan juri-juri yang dijemput khas mengadili pertandingan tersebut. Pertandingan yang dibahagikan kepada 2 kategori itu mendapat sambutan yang memuaskan oleh para peminat dan pemilik kuda.


Peserta dikelaskan kepada 2 kategori iaitu Kuda Besar dan Kuda Kecil. Para pengadil akan mengadili aspek2 kesihatan dan kecantikan meliputi bahagian fizikal dan anatomi kuda. Penyertaan sebanyak 13 ekor bagi Pertandingan Kuda Cantik, agak berkurangan berbanding sebelumnya. Namun pertandingan berjalan lancar seperti dirancang. 







Dalam masa yang sama juga pendaftaran bagi perlumbaan kuda juga telah dilaksanakan serentak. Ini kerana pihak penganjur mengambil kira acara saringan yang perlu dimulakan awal bagi mengelakkan kelewatan. Perlumbaan kuda terbahagi kepada 6 kategori; Padi A, Padi B & Padi C, KK A & B serta kategori Bimo. Penyertaan bagi acara perlumbaan bagaimanapun mendapat sambutan hangat dari peminat-peminat kuda.






Selesai Karnival Rakan Belia Berkuda MPKB-BRI, kami PSBANK sbg penganjur bersama, mengucapkan jutaan tahniah kepada semua pemenang bg Pertandingan Kuda Cantik dan Kejohanan Lumba Kuda yang diadakan di Pantai Mek Mas, Kelantan 25hb Oktober, Sabtu. Juga penghargaan kpd semua peserta yang menyertai Karnival kali ini.










Ucapan terima kasih ini juga kami tujukan kpd Ketua Juri Kuda Cantik, Dr Fakrudin Abd Salam dari Mahkota Veterinar; Dato' Malek Jeremiah, SU Eksekutif MEM; pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang diketuai oleh Pn. Nora dan delegasi DBKL lain; serta  PM Dr Fuziaton, UMK kerana sudi hadir menjayakan Karnival. Tak lupa kpd seluruh warga kerja dan urusetia Karnival yg telah bertungkus lumus tak tido tak sempat makan dgrnya, utk memastikan kelancaran program.


Tahniah dan hingga berjumpa lagi!