Saturday, September 20, 2014

Kejohanan Sukan Berkuda dan Pertandingan Kuda Cantik 2014, Pantai Geting Tumpat

Kali ni pun aku bertugas sebagai urusetia macam selalu, tapi kali ni Dayang tak dapat bersama sebab perlu hadir kelas tambahan di sekolah pada hari tersebut, 19-09-14, Jumaat. Aku agak tertekan sbb banyak keje nk buat tp yang cover nanti mesti tak cukup tangan...errmmm

Hari ni aku keluar awal, sampai sana tepat jam 9.00pagi. Tapi aku tengok kawasan yang sepatutnya jadi tempat acara, khemah urusetia dah dipenuhi orang ramai. Lebih tepat lagi ada majlis sedang berlangsung di situ. Aku tak pasti apa tapi nampak macam majlis solat hajat anjuran sebuah parti politik. Macam mana boleh jadi macam ni pulak? Dahtu tak nampak pulak mana lagi ajk bertugas hari tu...so terpaksala menunggu sampai nampak kelibat yang berkenaan.

Rupa-rupanya ada pertindihan program. Tak pasti siapa yang tak follow up aturcara pagi ni. Bila pihak penganjur kejohanan sampai, aku dipanggil berbincang sebab kemungkinan ada perubahan tempat acara yang sepatutnya dijalankan pada pagi ini. Sudahnya tempat bagi pertandingan Kuda Cantik dipindahkan ke tempat lain dan terpaksa bermula lewat sekitar jam 11 pagi.

Walau bagaimanapun penyertaan bagi Pertandingan Kuda Cantik adalah amat menggalakkan, sebanyak 31 penyertaan keseluruhan dan tentunya kerana bayaran penyertaan adalah percuma. Dua kategori dipertandingkan, Kuda Besar dan Kuda Kecil. Juri pertandingan adalah Dr. Din dan Cikgu Denan. Pertandingan tamat sekitar jam 12.30 tghr. Pemenang akan diumumkan pada sebelah petang nanti. Program berhenti rehat bagi memberi laluan kepada solat Jumaat dan bersambung semula pada jam 3.00ptg.





Perlumbaan pula mengambil alih pada sebelah petang. Seperti biasa penyertaan terbanyak adalah bagi kategori Padi A dan KK A yang memaksa acara saringan diadakan. Pada mulanya aku agak kekok mengendalikan pendaftaran di meja urusetia kerana kali ini Dayang tidak ada bersama. Cuma Encik Y je yang bersama membantu semasa pendaftaran peserta di meja urusetia. Oleh sabab yuran pendaftaran kali ini juga percuma, aku tak rasa kalut sangatla sebab bukan jadi tukang ceti...kat bawah ni tukang cetinya jika tiap kali ada acara...hehehe




Faris pun ada membantu, tapi bila acara perlumbaan bermula dia akan sibuk sebagaimana biasa bertugas sebagai jururakam video perlumbaan. Walaupun awalnya kelihatan agak kelam kabut kerana silap faham dan ketidakcekapan mengendalikan aturcara, pihak penganjur dapat mengawal keadaan dengan baik. Pada sebelah petang pihak Pemuda Umno Kelantan datang melihat acara perlumbaan akhir yang dijalankan. Acara tamat pada jam 6ptg dan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang.




Keputusan Pertandingan Kuda Cantik

Kategori Kuda Besar:
JOHAN: Sabiq - Sabri Stb.
NAIB JOHAN: Pra8 - Bunohan Stb.
KETIGA: Jun Asmat - Zaha Stb.
4: Roket - Bunohan Stb
5: Zulfakar - Azlan Pekan Stb.
6: Sitam - Kbg Kerian Stb.

Kategori Kuda Kecil:
JOHAN: Arena - Sri Chekok Stb.
NAIB JOHAN: Boy - Tunjong Stb.
KETIGA: Alexandra - Sri Pauh PCB Stb.
4: Nudy - Nite Rider Stb.
5: AiSix - Ada Stb.
6: Tuan Puteh - PCM Stb.

------------------------------



Keputusan Perlumbaan Kuda
Padi A
JOHAN: Riwayat
NAIB JOHAN: Costa
KETIGA: Twinkle

Padi B
JOHAN: Puteri Manja
NAIB JOHAN: Prado
KETIGA: Raudah

Padi C
JOHAN: Anak Dara
NAIB JOHAN: Katty
KETIGA: Runner

KK A
JOHAN: Rolex
NAIB JOHAN: Jessica
KETIGA: Alisa

KK B
JOHAN: Betty
NAIB JOHAN: Mario
KETIGA: Selamat

Bimo
JOHAN: Jack Beauty
NAIB JOHAN: Lava-lava
KETIGA: Mikail

Sekalung tahniah kepada semua pemenang! Semoga berjumpa lagi di perlumbaan akan datang.