Friday, February 28, 2014

Minggu terakhir di bulan Februari

Minggu ini alhamdulillah dapat kembali kepada rutin seperti biasa. Terasa lama tak berkunjung ke sini, sebenarnya baru 2 minggu je tak datang...heeee

Seronok dapat berada  di kalangan famili Equidae ini, atau nama saintifiknya Equus caballus atau Equus ferus caballus. KSF merupakan tempat terbaik untuk melepaskan tekanan kerja dan bersantai selepas seminggu penat bekerja (bagi aku la). Bila diingatkan balik rupanya dah 2 bulan lebih aku kenal rapat dengan pengurusan KSF ni; dari pemilik, pengurusnya hinggalah crew-crewnya yang memang mesra alam habisss!

Banyak yang aku belajar tentang sukan ekuin ni. Lagi banyak aku belajar juga tentang makna persahabatan dan kerjasama. Bila duduk dengan diorang ni, memang naik sampai kepala la jawabnya. Tapi diorang ni memang slumber giler wa cakap lu!! Klu biasanya aku tak campur dengan 'set-set' macam depa ni (tak tau nk huraikan camana depa ni sebenarnya) tapi kalau dah kenal memang jadi kamcing terus. Gelak, gelak juga...tapi bab bisnes diorang ni boleh support. Abe Sche memang otai bab bisnes, juga orang lama dlm dunia kuda.

Hari ni aku cuma nk soroti balik apa yg jadi kat Kemudi Stud Farm, tempat aku timba ilmu menunggang kuda dengan diorang ni suma. Besttt! Korang pun mehla join...kelas dah nak mula ni tau!

Kemudi Stud Farm di Kg Kemudi, Bachok

KSF memiliki kira-kira 20 ekor kuda berlainan jenis dan jantina.

Aktiviti rutin pagi Jumaat. Bersama anak-anak pemilik KSF, En. Amin riding di dalam kawasan stable.

Happening kannn???

Sorotan jauh...antara Dayang dan Mia.

Bersama 'kekasih' hati...sempat bisik-bisik lagi tu

Gambar kejadian: Sesi 'membuli' oleh Kimi

Angah tengah riding Keris.

Bila joki nak jadi cameraman...huk alohhh!

Drama aksi panas Yik di pagi Jumaat...

Pandai depa ni berlakon...

Mia lepas siap mandi...rilek je

Perhatian!! Dua orang ini dilihat berkerja di KSF tanpa permit yg sah. Jika anda terserempak dengan kedua-dua mereka sila laporkan kepada pihak KSF dgn segera! Ahakkksss :P
So kepada sesiapa yang rasa nak join kitorang belajar menunggang kuda, atau sesaja nk rasa pengalaman menunggang kuda, maila singgah di Kemudi Stud Farm, Kg Kemudi, Bachok. Atau boleh terus hubungi En. Ise Abd. Kadir: +6017-2748805 dan En. Amin Daud: +6013-9233887.
Lokasi KSF

"Berkuda itu suatu sunnah Rasulullah S.A.W"