Monday, June 30, 2014

Demam Piala Dunia sampai ke peringkat kedua!

Akhirnya....masa penentuan bakal tercatur. Sekarang semua 16 pasukan yg menang peringkat kumpulan memasuki peringkat kalah mati yang mendebarkan, dan 4 pasukan negara terhebat, terbaik dan 'bernasib cerah' telah menempah ke suku akhir iaitu Brazil, Colombia, Netherland dan Costa Rica.



Mungkin boleh kata tema WC 2014 kali ini adalah pentas samba Amerika Latin kerana kebanyakan pasukan gergasi Eropah dah selamat dihantar pulang sebelum tirai persembahan uatam bermula. Mungkin beraksi di laman sendiri memberikan kelebihan kepada pasukan-pasukan negara benua Amerika Latin, paling memberi kelebihan adalah faktor cuaca. Suhu tinggi di Brazil sekarang memberikan impak besar ke atas prestasi pemain-pemain ternama dari Eropah memperlihatkan kebanyakan pasukan hebat seperti Sepanyol, Portugal, Itali dan England tidak mempamerkan aksi seperti yang diharapkan.

Apepun sebagai penyokong kuat De Oranje, rasa sangat teruja nk tengok Van Persie, Arjen Roben dan Dirk Kuyt di peringkat suku akhir hingga sampai ke akhir. Kepada peminat team-team yang dah selamat balik rumah tu, jangan sedih2 boleh sokong lagi team yg bakal main dlm perngkat seterusnya. Semangat kesukanan biar ada, jangan semangat penyokong je yg ada.

All in one rhythm!