Dulu aku suka sangat menulis, menconteng kata-kata dan mengubah tulisan sendiri. Tapi makin umur menginjak ke usia belia dewasa, minat itu makin pudar...bukan kerana punya minat yang lain tapi kekangan masa dan keperluan telah merubah rutin menulis itu menjadi suatu perkara yang amat sukar.
Tengah diam, sedang menonton cerita di kaca tv atau bersahaja di meja makan, idea itu pasti tercetus dengan sendiri, tinggal untuk diterap di atas kertas sahaja. Itu pun tidak berkesempatan, waima sekejap dek kerana tuntutan masa kepada hal yang lebih berkeperluan. Ini hanya pengobanan MASA, bukan harta, wang ringgit atau tenaga lagi. Kita tak boleh tentukan apa yang tak dapat dilaksnakan sedaya yang kita inginkan. Bukan disebabkan kita tak mampu tapi mungkin kerana hal-hal lain, yang tak dapat dielakkan.
Dunia hari ini, ramai yang mengharapkan balasan atas setiap perkara yang dihulur. Bukan ihsan atau ehsan tapi 'bayaran' yang perlu diberi atas setiap perlakuan tersebut. Mata ringgitan di mana-mana, hanya iman di hati yang boleh jadi penghadang ke arah kegilaan duniawi ini. Sapa aku nak jatuhkan gelaran atas setiap orang? Tak, aku bukan sapa-sapa. Aku orang biasa, tak punya apa-apa. Tapi jangan ingat aku tak boleh jadi sapa-sapa.
Aidiladha baru-baru ni, aku kecapi erti pengobanan sebenar. Sebelum ni bukan aku tak tahu, tapi bila kita dah kehilangan yang tersayang dan masa terus bergerak ke depan dengan kita dah takkan ada bersama dia lagi, saat itu kita mula belajar sesuatu yang baru. Kita mula faham apa yang telah dia lakukan dulu...untuk apa, kenapa dan apa yang dia dapat dengan perbuatan itu?
Bila kita hidup atas kaki sendiri, banyak perkara kecil akan dipandang besar. Hal remeh dan enteng itu telah menjadi satu yang utama dan penting sekarang. Namun janganlah dibiarkan diri kita dipergunakan sewenang-wenangnya kerana keprihatinan yang ditunjukkan. Rendahkanlah rasa tinggi diri, belajrlah bertolak ansur. Tak rugi saling ringan tulang, kenapa bila dengan rakan-rakan perkara saling membantu itu sangat senang dilakukan? Kenapa bila untuk keluarga sendiri cukup berat untuk dilaksanakan? Tak perlu tunggu diminta atau disuruh, buat atas kerelaan sendiri. Bukan nilai ringgit yang dikias sebagai balasan, bukan juga pijian melangit yang dituntut bagai. Cukuplah kita lakukan hal itu dengan rasa melihat ahli yang lain turut sama senang hati. Bila kita rasa lapang, kan orang juga akan sama merasainya?
Berkorban bukan dengan berapa ringgit yang diberi. Selama ini aku berkorban, aku boleh kata aku telah berkorban untuk mereka semua waima mereka tak tahu pun. Zaman kampus aku tak sesenang sesetengah pelajar lain. Aku 'bagi' yang aku ada setiap sem kerana fikirkan aku boleh survive di varsiti dengan hidup bersederhana. Tak mengapalah, asal yang di laman sana dapat merasa yang tak dapat aku rasa. Aku outing ke tempat-tempat beli belah bleh dikira dgn jari kekerapannya, semua dh ada di sekitar kolej. Kemudahan lengkap, tak perlu berbelanja lebih dan tak perlu nak bersosial bagai. Alhmadulillah aku berjaya menerima segulung dekri itu akhirnya seperti yang lain. Aku tak berhenti di situ.
Dengan minat, aku mudah mendapat kerja (waktu itu) di varsiti dan aku hanya perlukan belanja sewaan dan makan. Selebihnya aku masih menyumbang kepada mereka di laman. Sama ada mereka tahu atau tidak, biarlah. Aku cuma ingin mereka dapat apa yang telah aku kecapi sebelum mereka. Hanya tiba masa-masa terdesak aku minta bantuan, itupun untuk belanja pulang. Selebihnya aku banyak ikat perut. Aku tak punya teman sosial dan status itu kekal hingga sekarang. Bila rezeki di sana telah tiada untuk aku, aku pulang. Mungkin hidup aku hingga sekarang tak seindah yang telah ditakdirkan, namun aku tetap mencari peluang untuk terus berkorban. Tambah-tambah bila orang yang sentiasa berkorban untuk aku telah tiada, akulah selayaknya memikul peranan itu sekarang.
Sesekali aku juga rasa penat, rasa kecewa, rasa marah...bila apa yang aku buat tak diambil peduli dan dipandang enteng oleh mereka. Aku letih melihat apa yang aku dh buat hanya sia-sia. Cuma aku. Keseorangan tiap kali buat aku tersendu sendirian.
Mereka boleh keluar makan-makan tanpa aku dijemput bersama. Tak mengapa. Aku punya hal sendiri....
Mereka boleh gelak ketawa membeli belah dengan aku ditinggal keseorangan. Tak mengapa. Aku boleh ke sana sendiri nanti...
Hanya bila kata putus aku diperlukan, mereka masih perlukan aku. Hanya itu, aku rasakan aku masih dihargai. Dengan mereka aku banyak mengalah. Biarlah aku terus berkorban, sama ada mereka sedar atau tidak. Namun aku harap ada antara mereka yang sedar semua pengorbanan aku sebelum masa aku tiba....
Tinta Emas: "Along sayang semua, walau macamana layanan yana Along terima..."

No comments:
Post a Comment