Sunday, October 6, 2013

Karnival Sukan Berkuda kali ke-9 - Penutup tahun 2013

Baru-baru ini pada 5 Oktober 2013, Sabtu aku berkesempatan terlibat dengan pelaksanaan Karnival Sukan Berkuda(PSBANK) kali ke-9 anjuran Persatuan Sukan Berkuda Amatur Negeri Kelantan. Acara ini adalah acara penutup bagi tahun ini dan diadakan agak meriah denagn penyertaan lebih 20 pemilik stable dan lebih 50 ekor kuda yang dibahagikan mengikut kategori Padi, Kacuk Kelantan (KK) dan Bimo.

Aku bertugas sebagai urusetia pendaftaran bersama Dayang dan Syiqien (kawan Dayang) atas permintaan Penghulu Hasin yang selama ini bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja dan surat menyurat berkaitan karnival ini. Ini juga kali kedua aku terlibat dengan aktiviti PSBANK dalam tahun ini. Kali ini agak rasmi dan besar dengan jemputan VIP terdiri daripada Exco Belia dan Sukan Negeri, Ketua Pengarah Jbtn.Pembangunan Islam MPKB-BRI, YDP RTC Kelantan dan wakil Majlis EKuin Malaysia ke majlis.

Majlis bermula pada jam 9 pagi namun disebabkan kelewatan para peserta yang datang maka acara hanya bermula pada jam 11pagi. Majlis berjalan lancar dengan acara saringan setiap kategori dipertandingkan pada belah pagi dan berhenti rehat pada tengahari kemudian bersambung semula dengan acara akhir pada sebelah petang.

Majlis berhenti sebentar pada ketibaan jemputan-jemputan VIP. Sesi tazkirah disampaikan oleh Ust. Hj Ropein, Ketua Pengarah Jbtn. Pembangunan Islam MPKB-BRI dan disusuli dengan ucapan aluan oleh Exco B&S Negeri, Dr Ramli seterusnya perasmian penutup acara. Acara perlumbaan ditamatkan dengan acara akhir oleh kategori Bimo dan KK. Sesi penyampaian disampaikan kepada setiap pemenang joki dan pemilik kuda setiap kategori oleh VIP jemputan. Karnival berakhir pada jam 6.30 petang.

 Petugas (Dayang) di meja pendaftaran peserta.

 Barisan petugas pendaftaran pada hari karnival. Dari kiri: Syiqien, Dayang dan Aku.

 Cenderahati untuk tetamu VIP.

 Meja urusetia dan petugas yang lain.







Terima kasih kepada semua petugas/ajk/ahli PSBANK dan juga mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan pelaksanaan Karnival Sukan Berkuda kali ke-9 2013 ini. Moga bertemu lagi di tahun hadapan!

No comments:

Post a Comment