Rasa cepatnya masa berputar, sedar-sedar saja dh nak sampai ke
penghujung. Yang tiba pasti pergi, yang kini bertukar dengan yang akan
datang. Masa sebenarnya begitu dekat dengan kita walaupun kebanyakan
kita tak pernah sedar dan tak endah tentangnya. Bila dah berakhir,
barulah terngadah nk menyesal pun dah tak guna.
Pencarian kita masih bersisa beberapa malam terakhir ni. Masih sempat untuk menemukan rahsia seribu bulan yang paling istimewa hanya untuk mereka yang yakin dan bersungguh mahu mendapatkannya. Walaupun kita mungkin berjaya 'memenangi' perang melawan nafsu sepanjang sebulan Ramadhan namun malam rahsia ini tidak tertanding jika sesiapa yang menemukannya.
Ketika ini, lagu-lagu raya rancak berkumandang di corong-corong radio harapnya kita janganlah terlalu ghairah 'meraikan' bakal tibanya Syawal. Kerana kebanyakan kita yang terlalu teruja dengan persiapan raya telah 'beralih' niat tanpa sedar hari-hari sepuluh Ramadhan terakhir pergi begitu saja. Peringatan ini juga untuk diri sendiri, sebab saban malam berjaga nak siapkan biskut raya :P
Kepada anak kota dan perantau yang dah mula mengatur perjalanan pulang ke halaman masing-masing, ingatan percuma ini untuk mereka agar sentiasa berhemah dan sabar ketika di jalan raya. Yang memandu kereta atau dan yang menaiki bas/keretapi/'belon', diharapnya patuhilah peraturan jalanraya, sayangilah nyawa mereka yang anda bawa bersama dan berehatlah secukupnya jika terasa letih. Biarlah kepulangan kita disambut gelak tawa sanak saudara di kampung bukan dengan tangis sayu kerana yang dinanti tak kunjung tiba.
Pencarianku belum berakhir
aku mohon keampunan dariNya
diri ini begitu kerdil berbanding zatMu
Pandulah malam-malam hening ini
supaya aku tidak leka dari mengagungkanMU
Pencarian malam seribu bulan
Bukan sesuatu yang mustahil
bagi mereka yang yakin dan inginkannya
Rahsia malam itu hanya pada mereka
yang benar-benar dekat kepadaNya
Pencarianku di malam ini
diiringi basahnya bumi dengan rahmatMU
Aku sendirian merenung jauh ke langit
muhasabah dalam kerendahan hati
Terasa dingin malam menyapa lembut
melewati tingkap kamarku
Pencarian ini mungkin yang terakhir
aku mohon dengan segala redha di hati
Engkau rahmatilah keluargaku
Tempatkan Bondaku di tempatMu yang tertinggi
menunggu tibanya masa bila nanti
aku kan bertemu dengannya lagi.
Tinta Emas, 26 Ramadhan 1434H / 4 Ogos 2013, Kota Bharu
No comments:
Post a Comment