Sejak pagi lagi dok memerhati je
jiran Dato' sebelah tengah siap-siap nk mula open house hari ni. Seawal jam 9
pagi dah dengar Dj mulakan tugasnya. Bingit pun nak buat camana, raya kan?
Dengarnya depa ada jemput Adira AF
datang buat close up. Aku just layan je la dari rumah ni. Bukan sombong, tapi
segan la. Petang2 sikit kot aku pegi bertandang. Dari pagi layan citer mana best la sampaila rasa nak carik benda utk dimakan. Mujur ada fast frozen food yang boleh dimakan. Heh, setel satu part.
Pastu tengok Ayah tengah siap2, ehhh...nk g rumah sebelah ke?? Jumaat kn ni, nk g sembahyang Jumaat la. Aduuuu, aku plak lupa hari ni Jumaat...hehehe, bahana biskut raya sampai lupa hari ape hr ni :p
Pastu tengok Ayah tengah siap2, ehhh...nk g rumah sebelah ke?? Jumaat kn ni, nk g sembahyang Jumaat la. Aduuuu, aku plak lupa hari ni Jumaat...hehehe, bahana biskut raya sampai lupa hari ape hr ni :p
Tengah-tengah bosan tu, tiba2 dapat
msg member ajak beraya. Wahhh, best jugak ni. Terus angkat phone dail, sms,
wassap mana yang ade dlm contact list tu. Tanya kot2 blh g beraya hr ni.
Cukupla nk isi jadual raya hari ni, sbb esok dh ade fixed event nk kena attend. Terus teringat kat Sir, try call klu dapat boleh ajak g ronda sekali. Dan....yes! On je katanya.
Memula kami singgah di rumah Cik Hasnie @ Ceniey. Biasala lama xjumpa, borak punya borak dah dekat kul 5 dh. Apa lagi terus mintak izin nk gerak ke rumah seterusnya, Pn Aifaa. Nk tengok baby baru dia jugak :) So mujurla on the way ke sana Aifaa bgtau dah ada kt rumah (sbb sblm tu dia kata tengah beraya kat rumah kawan). Aifaa bukan orang lain dengan aku, kira sepupu jugakla. Nampak happy & bahagia je kawan aku sorang ni sejak kawin biarpun dulu memang banyak dugaan dia lalui. Aku pn tumpang seronok jugak. Sebenarnya esok baru dia buat rumah terbuka, so aku xkisah nk pegi lagi sekali pn...hehehe
Kami bertiga balik dah dekat 7 lebih, selepas rumah Aifaa sempat lagi singgah sekejap kat rumah Pn Sha Aidilfitri, tokey kek dan biskut. Memang hajat nk jumpa tanya khabar je la sebab masa dah lewat sangat. Tak lama terus angkat kaki, harapnya esok boleh jumpa lagi kat rumah Aifaa.
Hari kedua aku memang agak singkat dan berbaloi aku tak lepak kat rumah saja. Sir yang dah masuk Islam tu sekarang dh beli kereta baru, Hyundai lagi...my faveret car tu. Syukur hidayahNya sampai juga ke hati beliau setelah berbelas tahun kami belajar dan diajar bersama. Aku dan yang lain tumpang seronok dengar Sir kini dah jadi saudara baru.

*Esok nak bagi happening lagi raya kali ni. Plan dah penuh dgn dengan kenduri kawin yang kena hadir jugak ni. Huuuu, tak sabonye....mudah-mudahan dipermudahkan olehNya.
~_~ Sweetnye baby Firas Adhwa....hehehe, tengah tido nyenyak time kitorang datang raya.
No comments:
Post a Comment