Semalam pn tido dah dekat jam 3 pagi. Sebelum tu hampir sejam lebih
meronda di Wakaf Che Yeh dengan Makcik Jamilah, mencari baju raya aku. Mujur
Makcik banyak bertolak ansur, aku penuhi hajat dia nak belikan aku baju raya.
Selepas hampir setengah jam ‘beratur’ ke tempat parking, setengah jam kemudian
‘merayau’ mencari baju akhirnya sepasang baju kurung moden dengan latar warna
kuning bercorak abstrak batik dibeli dengan rasa puas hati selepas padan
dicuba. Aduhhhh, sebab nak menyamakan tema kuning tahun ni, habis Bazar Tok
Guru, Pasar Besar Siti Khadijah, pergi lagi ke Bazar Buluh Kubu, tak cukup lagi
jajah lagi outlet Peace, tak jumpa jugak meredah satu KB Mall namun tak jugak
dapat apa yang dicari-cari sebab saiz dan temanya dh habis stok.
Sambung cerita balik dari WCY tu dh dekat 2 pgi lebih. Terus sambung kemas ruang tamu dengan pasang
langsir yang juga siap beli kat sana. Barlah langsir baru bau plastik lagi pun.
Mujur padan dan cukup. Cuma tingkap belah ruang meja tamu je terpaksa pasang
langsir lama sebab dah habis budget. Raya haji nanti la, tempah jahit langsir
baru…hehehe
Akhirnya kerja pasang langsir siap jugak, kemas lagi sikit2 atas
meja kat dapur, tengok jam dah kul 3 pagi…patutnya mata dah rasa nak tersembul.
Terus naik bilik dan tido…zzzzzz
*******************************
Oklah, semua dah ada ready pagi raya ni. Siapkan makan pagi dulu. Menu pagi raya tahun ni, kuzi ayam dengan roti jala (tempah dgn adik je) + roti, ketupat dan juga lemang. Lepas semua dh bangun, barulah dapat gosok baju baru. Tapi lepas habis solat raya nampaknya kitorang tak balik ke Machang macam biasa. Emmm, setakat dok rumah je…tak payahla susah2 nk pakai baju baru bagai. Sudahnya aku duk dalam bilik je la, sambung kemas bilik (bilik sendiri pn tak terkemas dek nk bagi rumah nampak kemas dulu)….
Yang datang bertandang dulu adalah keluarga adik dan iparnya...juga lil'niece aku. Lepas tu Kak Endang sekeluarga...time ni barula aku dapat semangat sikit nk raya. Beberapa ketika lepas tu mood raya makin bertambah, lebih-lebih lagi 'orang jauh' tu call. Heh, tau pn nk mengalah. Satu bulan posa baru ni aku buat mogok...off phone, offline dan off mouth. Ok la kan, raya2 ni mana leh gaduh ye tak?
Nak dijadikan cerita, aku keluar kejap nk ambil barang kt kedai lepas Zohor, tak lama pun dalam setengah jam je. Balik rumah tengok2 dah ade tetamu yg datang. My cousins n mak sedara dari Machang datang beraya la! Seronok aku. Diorang datang nk tengok Apih yang 'kena tembak' tu tp sebenarnya bukan sakit pn, makan pn pakai lantak je semua. Sebab terlalu seronok, aku dengan ayah nk jamu je depa ni sekenyang-kenyangnya. Punyalah murah rezeki depa ni, menu pertama dah roti jala+kuzi ayam...licin. Lepas tu ade jiran bagi nasi beriani plak...pulun jugak. Dah tu aku dapat call member nk bagi satay, aku pegi amik walaupun hujan dh stat turun. Akhirnya satay pn turut dilenyapkan sekelip mata. Aku lagi seronok je, bukan selalu weh depa nk mai rumah, makan2 macm ni. Habis berjamu, depa stay sampai Maghrib jugakla sebelum balik.
Harapnya jangan segan2 la nk datang rumah Pok Long lagi ye semua. Paling seronok aku melayan kerenah sepupu-sepupu kecik aku tu...keletah tak boleh tahan sungguh.
No comments:
Post a Comment