Showing posts with label Cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti. Show all posts

Saturday, August 10, 2013

Raya kedua tahun ini

Mujurla masih dapat beraya hari kedua hari ni. Bangun-bangun cek semua lauk pauk semalam dah licin. Tinggal lemang sebatang dgn ketupat je sebekas. Mujur biskut home made aku masih belum out of stock lagi. Breakfast mana yang ade je la.

Sejak pagi lagi dok memerhati je jiran Dato' sebelah tengah siap-siap nk mula open house hari ni. Seawal jam 9 pagi dah dengar Dj mulakan tugasnya. Bingit pun nak buat camana, raya kan?

Dengarnya depa ada jemput Adira AF datang buat close up. Aku just layan je la dari rumah ni. Bukan sombong, tapi segan la. Petang2 sikit kot aku pegi bertandang.  Dari pagi layan citer mana best la sampaila rasa nak carik benda utk dimakan. Mujur ada fast frozen food yang boleh dimakan. Heh, setel satu part.

Pastu tengok Ayah tengah siap2, ehhh...nk g rumah sebelah ke?? Jumaat kn ni, nk g sembahyang Jumaat la. Aduuuu, aku plak lupa hari ni Jumaat...hehehe, bahana biskut raya sampai lupa hari ape hr ni :p

Tengah-tengah bosan tu, tiba2 dapat msg member ajak beraya. Wahhh, best jugak ni. Terus angkat phone dail, sms, wassap mana yang ade dlm contact list tu. Tanya kot2 blh g beraya hr ni. Cukupla nk isi jadual raya hari ni, sbb esok dh ade fixed event nk kena attend. Terus teringat kat Sir, try call klu dapat boleh ajak g ronda sekali. Dan....yes! On je katanya.

Memula kami singgah di rumah Cik Hasnie @ Ceniey. Biasala lama xjumpa, borak punya borak dah dekat kul 5 dh. Apa lagi terus mintak izin nk gerak ke rumah seterusnya, Pn Aifaa. Nk tengok baby baru dia jugak :) So mujurla on the way ke sana Aifaa bgtau dah ada kt rumah (sbb sblm tu dia kata tengah beraya kat rumah kawan). Aifaa bukan orang lain dengan aku, kira sepupu jugakla. Nampak happy & bahagia je kawan aku sorang ni sejak kawin biarpun dulu memang banyak dugaan dia lalui. Aku pn tumpang seronok jugak. Sebenarnya esok baru dia buat rumah terbuka, so aku xkisah nk pegi lagi sekali pn...hehehe

Kami bertiga balik dah dekat 7 lebih, selepas rumah Aifaa sempat lagi singgah sekejap kat rumah Pn Sha Aidilfitri, tokey kek dan biskut. Memang hajat nk jumpa tanya khabar je la sebab masa dah lewat sangat. Tak lama terus angkat kaki, harapnya esok boleh jumpa lagi kat rumah Aifaa.

Hari kedua aku memang agak singkat dan berbaloi aku tak lepak kat rumah saja. Sir yang dah masuk Islam tu sekarang dh beli kereta baru, Hyundai lagi...my faveret car tu. Syukur hidayahNya sampai juga ke hati beliau setelah berbelas tahun kami belajar dan diajar bersama. Aku dan yang lain tumpang seronok dengar Sir kini dah jadi saudara baru.


*Esok nak bagi happening lagi raya kali ni. Plan dah penuh dgn dengan kenduri kawin yang kena hadir jugak ni. Huuuu, tak sabonye....mudah-mudahan dipermudahkan olehNya.

~_~ Sweetnye baby Firas Adhwa....hehehe, tengah tido nyenyak time kitorang datang raya.

Friday, August 9, 2013

1 Syawal 1434H ~ Salam Syawal

Pagi-pagi dah bangun, terus isikan baling-balang biskut dengan homemade cookies yang 6,7 jenis yang sempat dibuat tu. Setel satu part. Next, sambung vakuum  karpet kt ruang tamu yang tergendala semalam…sbb penyedut hampagas malfunction.

Semalam pn tido dah dekat jam 3 pagi. Sebelum tu hampir sejam lebih meronda di Wakaf Che Yeh dengan Makcik Jamilah, mencari baju raya aku. Mujur Makcik banyak bertolak ansur, aku penuhi hajat dia nak belikan aku baju raya. Selepas hampir setengah jam ‘beratur’ ke tempat parking, setengah jam kemudian ‘merayau’ mencari baju akhirnya sepasang baju kurung moden dengan latar warna kuning bercorak abstrak batik dibeli dengan rasa puas hati selepas padan dicuba. Aduhhhh, sebab nak menyamakan tema kuning tahun ni, habis Bazar Tok Guru, Pasar Besar Siti Khadijah, pergi lagi ke Bazar Buluh Kubu, tak cukup lagi jajah lagi outlet Peace, tak jumpa jugak meredah satu KB Mall namun tak jugak dapat apa yang dicari-cari sebab saiz dan temanya dh habis stok.

Sambung cerita balik dari WCY tu dh dekat 2 pgi lebih. Terus  sambung kemas ruang tamu dengan pasang langsir yang juga siap beli kat sana. Barlah langsir baru bau plastik lagi pun. Mujur padan dan cukup. Cuma tingkap belah ruang meja tamu je terpaksa pasang langsir lama sebab  dah habis budget. Raya haji nanti la, tempah jahit langsir baru…hehehe
Akhirnya kerja pasang langsir siap jugak, kemas lagi sikit2 atas meja kat dapur, tengok jam dah kul 3 pagi…patutnya mata dah rasa nak tersembul. Terus naik bilik dan tido…zzzzzz
*******************************

Oklah, semua dah ada ready pagi raya ni. Siapkan makan pagi dulu. Menu pagi raya tahun ni, kuzi ayam dengan roti jala (tempah dgn adik je) + roti, ketupat dan juga lemang. Lepas semua dh bangun, barulah dapat gosok baju baru. Tapi lepas habis solat raya nampaknya kitorang tak balik ke Machang macam biasa. Emmm, setakat dok rumah je…tak payahla susah2 nk pakai baju baru bagai. Sudahnya aku duk dalam bilik je la, sambung kemas bilik (bilik sendiri pn tak terkemas dek nk bagi rumah nampak kemas dulu)….

Yang datang bertandang dulu adalah keluarga adik dan iparnya...juga lil'niece aku. Lepas tu Kak Endang sekeluarga...time ni barula aku dapat semangat sikit nk raya. Beberapa ketika lepas tu mood raya makin bertambah, lebih-lebih lagi 'orang jauh' tu call. Heh, tau pn nk mengalah. Satu bulan posa baru ni aku buat mogok...off phone, offline dan off mouth. Ok la kan, raya2 ni mana leh gaduh ye tak?

Nak dijadikan cerita, aku keluar kejap nk ambil barang kt kedai lepas Zohor, tak lama pun dalam setengah jam je. Balik rumah tengok2 dah ade tetamu yg datang. My cousins n mak sedara dari Machang datang beraya la! Seronok aku. Diorang datang nk tengok Apih yang 'kena tembak' tu tp sebenarnya bukan sakit pn, makan pn pakai lantak je semua. Sebab terlalu seronok, aku dengan ayah nk jamu je depa ni sekenyang-kenyangnya. Punyalah murah rezeki depa ni, menu pertama dah roti jala+kuzi ayam...licin. Lepas tu ade jiran bagi nasi beriani plak...pulun jugak. Dah tu aku dapat call member nk bagi satay, aku pegi amik walaupun hujan dh stat turun. Akhirnya satay pn turut dilenyapkan sekelip mata. Aku lagi seronok je, bukan selalu weh depa nk mai rumah, makan2 macm ni. Habis berjamu, depa stay sampai Maghrib jugakla sebelum balik.

Harapnya jangan segan2 la nk datang rumah Pok Long lagi ye semua. Paling seronok aku melayan kerenah sepupu-sepupu kecik aku tu...keletah tak boleh tahan sungguh.