Ramadhan tiba lagi. Syukur aku masih boleh menyambutnya dan menjalani ibadah bersama mereka yang tersayang. Bulan mulia ini memberi banyak pengajaran buat kita yang mahu mengambil iktibar dan pedoman daripadanya. Bukan sahaja belajar menahan lapar dan dahaga, mendidik lebih pemurah dengan banyak bersedekah dan merasai kesusahan mereka yang memerlukan bantuan, malah puasa juga turut memberi keberkatan dalam setiap perkara baik yang kita buat.
Malah jika kita berjimat dalam berbelanja di bulan puasa ini pun dikira satu amalan ibadah dan mendapat keberkatan daripadaNya. Ini kerana jika diperhatikan, ramai orang Islam yang tak sedar perbelanjaan mereka di bulan puasa melebihi jumlah perbelanjaan ketika di bulan-bulan lain. Setiap tahun juga ramai di antara masyarakat kita yang kecundang dalam menangani masalah kewangan sepanjang bulan Ramadhan dan menjelang lebaran.
Seharusnya kita sebagai umat Islam haruslah pandai dan bijak berbelanja lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang mana menggalakkan umatnya berjimat-cermat dan tidak boros atau membazir. Bukan salah membeli makanan dan segala juadah enak untuk berbuka tetapi kita perlu ingat adakah semua yang nampak sedap dan lazat itu dapat kita habiskan atau kita hanya menjamah sedikit daripada makanan tersebut dan yang bakinya akan dibuang begitu saja? Bukankah amalan membazir dan boros itu amalan yang harus dielakkan dan Islam tidak menggalakkan umatnya menjadi orang yang suka berbelanja mengikut hawa nafsu semata-mata.
Memang berlaku setiap kali di bulan Ramadhan dan menjelang hari raya, kebanyakan daripada kita akan mengalami masalah kekurangan duit belanja. Namun ada juga yang mencari peluang menambah pendapatan sepanjang Ramadhan berlangsung; dengan menjual makanan, minuman atau pakaian dan hiasan rumah. Mereka bijak menggunakan peluang untuk mencari pendapatan sampingan kerana bulan Ramadhan juga adalah bulan di mana Allah akan murahkan rezeki kepada mereka yang mencari keredhaanNya. Tetapi jika pendapatan yang diperolehi ini juga digunakan untuk berbelanja sakan demi meraikan hari raya, tak ada gunanya juga.
Seharusnya kita beringat setiap masa, baik semasa bulan Ramadhan atau pun di bulan-bulan yang lain, berjimat-cermat dan sentiasa bijak serta merancang perbelanjaan harian. Jangan sampai kita akhirnya terpaksa berhutang sana-sini kerana hendak menampung belanja sendiri dan keluarga. Beringatlah sebelum terlewat dan bulan puasa adalah sebaik-baik bulan untuk melatih dan mendidik diri, kawan-kawan serta keluarga tentang pentingnya berbelanja secara sederhana dan berhemah.
Monday, August 1, 2011
Saturday, July 16, 2011
Khabar mesra dari orang lama
Tak sangka dengan sati klik saja, satu hubungan yang disangka telah hilang kini kembali tersambung. Lebih mengharukan bila jalinan ukhuwwah itu adalah antara seorang guru dan bekas pelajarnya. Paling mencuit kenangan lalu bila guru tersebut merupakan idola dan pendorong utama diri ini ketika di bangku sekolah.
Bila teringatkan zaman muda-muda dulu, terukir senyum panjang di wajah. Setelah sekian lama rupa-rupanya cikgu yang mengajar matapelajaran Sejarah dan juga penasihat Kelab Badminton itu masih tak lupakan anak didiknya ini. Aku bukanlah seorang pelajar popular di sekolah dulu. Cuma seorang pelajar yang ingin menjadi yang terbaik dalam setiap bidang yang diceburinya. Mungkin aku lebih aktif dan cemerlang dalam sukan berbanding akademik tapi itu bukan alasan aku untuk tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam kelas.
Sekarang setelah zaman itu telah hampir 10 tahun berlalu, aku bukanlah seorang yang sosial tapi bila online saja dan terjumpa mereka yang aku kenal, rasa ingin menyambung silaturrahim itu tiba-tiba muncul. Lagipun tak salahkan kalau kita saling bertanya khabar setelah bertahun-tahun tidak bertemu. Mana tahu ada khabar gembira boleh dikongsi lagi.
Aku harap dengan terjalinnya kembali ukhuwwah ini, ianya akan terus kekal selagi masih diizinkanNya.
Tinta Emas - Gembira bertemu lagi dengan En. Mohd Ariffin Ghazali. Masih bergelar pendidik di UPSI, alhamdulillah.

Saturday, June 25, 2011
Masih ada yang setia
Peluang untuk bersama teman-teman sepersekolahan dulu tak aku sia-siakan. Barbeku dan bermalam di rumahnya nampak seperti satu acara hujung minggu yang menyeronokkan. Idea oleh Amani ini mungkin kelihatan seperti majlis reunion kecil-kecilan tapi bagi aku inilah peluang yang takkan aku lepaskan untuk berkumpul kembali dan bercerita tentang zaman sekolah lalu.

Bersama-sama yang turut serta adalah McZack, Enon, Gna dan Farah rasanya tak cukup semalaman untuk berborak sakan mengimbau kisah-kisah dulu kala tika di bangku sekolah. Antara kami ada yang satu kelas dan juga yang sama-sama menyambung pelajaran di IPTA yang sama. Selain aku dan Gna, Amani, McZack dan Farah bekerja di sini manakala Enon seorang guru di Sarawak. Selepas habis di Naim, aku dapat masuk UM dan bila di KL barulah aku dapat tahu Enon pun belajar di situ. Gna pula di UIA. Antara kami McZack adalah yang paling bertuah kerana dapat belajar hingga ke Negara matahari Terbit sana. Seperti yang telah dijangka, banyak cerita yang dibualkan hingga tak sedar oleh kami malam telah berlalu hingga ke pagi
Esoknya, kami menikmati sarapan pagi ala barat (mungkin ala bujang koboi lebih sesuai kot) dengan apa yang masih berbaki semalam. Sambil menonton sebuah movie bersama, kami benar-benar penuhi masa bersama dengan sebaik mungkin. Hampir tengahari, kami mula bersiap untuk pulang. Farah yang terpaksa pulang awal kerana urusan keluarga. yang lain menaiki kereta Amani, kami menghantar Enon pulang ke rumah. Seterusnya kami berempat yang tinggal; aku, Amani, McZack dan Gna singgah di sebuah kedai berdekatan rumah Enon untuk makan. Seterusnya kami teruskan perjalanan menghantar pulang. Kemudian kami kembali ke rumah Amani kerana dah hampir habis waktu Zohor ketika tu. Setelah selesai, aku dan McZack mula bergerak meninggalkan kediaman Amani dan kembali ke rumah masing-masing.

Bersama-sama yang turut serta adalah McZack, Enon, Gna dan Farah rasanya tak cukup semalaman untuk berborak sakan mengimbau kisah-kisah dulu kala tika di bangku sekolah. Antara kami ada yang satu kelas dan juga yang sama-sama menyambung pelajaran di IPTA yang sama. Selain aku dan Gna, Amani, McZack dan Farah bekerja di sini manakala Enon seorang guru di Sarawak. Selepas habis di Naim, aku dapat masuk UM dan bila di KL barulah aku dapat tahu Enon pun belajar di situ. Gna pula di UIA. Antara kami McZack adalah yang paling bertuah kerana dapat belajar hingga ke Negara matahari Terbit sana. Seperti yang telah dijangka, banyak cerita yang dibualkan hingga tak sedar oleh kami malam telah berlalu hingga ke pagiEsoknya, kami menikmati sarapan pagi ala barat (mungkin ala bujang koboi lebih sesuai kot) dengan apa yang masih berbaki semalam. Sambil menonton sebuah movie bersama, kami benar-benar penuhi masa bersama dengan sebaik mungkin. Hampir tengahari, kami mula bersiap untuk pulang. Farah yang terpaksa pulang awal kerana urusan keluarga. yang lain menaiki kereta Amani, kami menghantar Enon pulang ke rumah. Seterusnya kami berempat yang tinggal; aku, Amani, McZack dan Gna singgah di sebuah kedai berdekatan rumah Enon untuk makan. Seterusnya kami teruskan perjalanan menghantar pulang. Kemudian kami kembali ke rumah Amani kerana dah hampir habis waktu Zohor ketika tu. Setelah selesai, aku dan McZack mula bergerak meninggalkan kediaman Amani dan kembali ke rumah masing-masing.
Sunday, June 5, 2011
Berbudi pada yang berbahasa
Peranan dan komitmen aku bebar-benar dituntut sepanjang bulan ni. Bila nenek aku jatuh sakit dan dimasukkan ke wad di HUSM, aku antara yang menjaga nenek di sana. Nenek sakit agak lama, punca daripada demam dan terpaksa dirawat di sana. Walaupun mak dan ayah saudara aku semuanya pulang melawat nenek, mereka tak dapat lama menjaga nenek di hospital. Kerana kerja dan anak-anak yang perlu ke sekolah, mereka hanya tinggal kurang seminggu menjaga nenek.
Bila aku dipanggil untuk bermalam di wd menjaga nenek, mulanya aku rasa berbelah bagi. 'Kenapa masih panggil aku sedangkan mereka pun boleh tolong tengokkan?' Tapi bukan aku untuk bersikap kurang wajar begitu, disebabkan ketika itu ayah tiada di rumah kerana mengiringi pasukan bola sepak ke perlawanan di Sabah aku harus memikirkan keadaan mak dan adik-adik di rumah juga. Aku tersepit antara tanggugjawab dan amanah sebagai seorang anak. Hanya bila aku hubungi ayah, barulah aku dapat buat keputusan. Aku terima tugas menjaga nenek di wad semalaman kerana memikirkan sepupu aku juga telah menjaga nenek selama 3 hari berturut-turut.
Bila ayah tiada, tanggungjawab di rumah jatuh ke bahu aku dan sebab inilah aku berasa serba salah. Seboleh-bolehnya aku ingin gembirakan semua pihak dan jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang anak. Alhamdulillah selepas lebih seminggu nenek di wad, keesokan harinya selepas aku menjaga nenek, dia dibenarkan keluar. Saat itu aku rasa pengobanan aku berbaloi.

*********************
Aku tak sangka aku akan diminta untuk membantu sambutan hari keluarga di kawasan tempat tinggal aku. Bila Kak Endang hubungi aku untuk temankannya membeli barang-barang untuk kegunaan pada hari tersebut, aku fikir peranan aku taklah seberapa. Rupa-rupanya aku akan menolong dia dan keluarganya menguruskan hari keluarga yang akan diadakan dua hari lagi. Aku ditugaskan untuk menyediakan hadiah-hadiah kepada pemenanag untuk setiap kategori dalam pertandingan mewarna. Mujurlah aku punya sedikit pengalaman dalam penyediaan hadiah pertandingan. Walaupun ada sedikit lebihan bajet, namun segalanya dapat aku usahakan dengan baik.
Hari keluarga di kawasan Dusun Muda itu akan dihadiri oleh YBhg Dato' Fatmi. Seluruh penduduk di kawasan itu menyambut baik penganjuran majlis ini dan sama-sama telah bergotong royong menyediakan makan dan minuman. Seekor lembu ditumbangkan untuk majlis ini. Paling seronok bila aku dapat mengajak Mak dan adik aku ke majlis itu. Di akhir majlis, aku ditugaskan untuk menjadi penerima hadiah bagi wakil pengadil. Hamper hadiah itu aku terima sendiri daripada Dato' Fatmi dan saat itu aku rasa sedikit bangga menjadi tumpuan sekalian yang hadir pada hari itu. Segala penat lelah aku berbaloi dan aku takkan menolak lagi untuk menghulurkan bantuan jika diperlukan kelak.

Monday, April 11, 2011
Bangkit semula daripada keruntuhan dan kebinasaan
Sudah fitrah alam, tanpa berita dan petanda bencana boleh berlaku secara tiba-tiba. Mungkin hari ini langit tampak cerah dengan awan bergumpalan serta mentari bersinar terang, namun keadaan boleh berubah sekelip mata menjadi mendung dengan awan gelap berarak membawa angin kencang. Tiada lagi sinar matahari yang terang, tiada lagi bayu lembut berpuput.
Jangan disangka air yang tenang tidak ada buaya, begitu juga dengan kuasa alam. Titisan air yang jatuh ke atas batu lama-kelamaan akan membentuk lekukan yang besar. Pelbagai lagi kuasa alam lain yang dasarnya amat bermanfaat kepada kehidupan harian manusia tetapi bila kuasa ini mula hilang kawalan ia boleh membawa bencana dan kemusnahan yang dasyat.
Hampir 4 minggu setelah kejadian bencana alam yang telah melanda Negara Matahari Terbit. Kemusnahan dan kerosakan paling besar berlaku dalam sejarah negara tersebut dalam tempoh 140 tahun.
Gempa bumi terbesar dalam sejarah dicatat pada ukuran 9 darjah skala Richter membawa gelombang tsunami yang besar melanda beberapa bandar pelabuhan Jepun. Kemusnahan dianggarkan mencecah trillion yen dengan ramai mangsa yang terkorban dan masih ramai lagi yang belum dapat dikesan. Bencana ini turut mengakibatkan kerosakan teruk pada loji-loji nuklear di Fukushima di mana berlakunya kebocoran radioaktif akibat letupan dan kecairan reaktor. Berikutan itu ancaman radiasi terus meningkat mengancam kesihatan dan keselamatan mangsa dan juga penduduk di bandar-bandar berdekatan.
Hari ini sebilangan warga Jepun telah pun kembali membersihkan dan membangunkan semula kediaman dan bandar mereka yang telah musnah. Pertolongan daripada pelbagai badan-badan sukarelawan dan NGO seluruh dunia turut diterima saban hari. Walaupun kebanyakan mereka telah hilang ahli keluarga, saudara mara dan juga harta benda namun kecekalan jelas kelihatan pada semangat ganbatte yang telah sebati dalam diri mereka. Masih ramai yang hilang tanpa dapat dikesan meninggalkan anak-anak kecil dan juga ibu bapa yang kehilangan anak. Yang pasti mereka terus bangkit dan tetap meneruskan kehidupan dengan harapan mereka dapat membina kembali bandar dan kediaman sepertimana yang pernah mereka diami.
Kejadian ini seharusnya menjadi iktibar dan peringatan bagi setiap diri kita yang bebas daripada ancaman kuasa alam. Mungkin kita di Malaysia mengalami banjir yang teruk hingga menyebabkan kehilangan rumah dan harta benda tapi hanya sedikit yang menjadi korban jika dibanding dengan bencana di Jepun.
Kita mungkin mendapat biasan gempa dan tsunami seperti kejadian tsunami yang pernah berlaku beberapa tahun lalu dan ini sudah cukup mengingatkan kita bahawa kuasa alam tidak boleh dipandang ringan.
Bencana boleh terjadi tanpa disangka dan di mana-mana. Kita mungkin tidak berdepan dengan gempa bumi atau tsunami yang mengorbankan banyak jiwa saban waktu tapi kita masih mengorbankan ramai mangsa di atas jalan raya. Hanya kita sahaja yang mampu mengelak daripada terus menjadi mangsa seterusnya.
Tinta Emas - Jaga dan hargailah bumi kita, jangan sampai ia marahkan kita dengan menimpakan segala kuasa alamnya pada kita nanti.
Jangan disangka air yang tenang tidak ada buaya, begitu juga dengan kuasa alam. Titisan air yang jatuh ke atas batu lama-kelamaan akan membentuk lekukan yang besar. Pelbagai lagi kuasa alam lain yang dasarnya amat bermanfaat kepada kehidupan harian manusia tetapi bila kuasa ini mula hilang kawalan ia boleh membawa bencana dan kemusnahan yang dasyat.
Hampir 4 minggu setelah kejadian bencana alam yang telah melanda Negara Matahari Terbit. Kemusnahan dan kerosakan paling besar berlaku dalam sejarah negara tersebut dalam tempoh 140 tahun.
Gempa bumi terbesar dalam sejarah dicatat pada ukuran 9 darjah skala Richter membawa gelombang tsunami yang besar melanda beberapa bandar pelabuhan Jepun. Kemusnahan dianggarkan mencecah trillion yen dengan ramai mangsa yang terkorban dan masih ramai lagi yang belum dapat dikesan. Bencana ini turut mengakibatkan kerosakan teruk pada loji-loji nuklear di Fukushima di mana berlakunya kebocoran radioaktif akibat letupan dan kecairan reaktor. Berikutan itu ancaman radiasi terus meningkat mengancam kesihatan dan keselamatan mangsa dan juga penduduk di bandar-bandar berdekatan.Hari ini sebilangan warga Jepun telah pun kembali membersihkan dan membangunkan semula kediaman dan bandar mereka yang telah musnah. Pertolongan daripada pelbagai badan-badan sukarelawan dan NGO seluruh dunia turut diterima saban hari. Walaupun kebanyakan mereka telah hilang ahli keluarga, saudara mara dan juga harta benda namun kecekalan jelas kelihatan pada semangat ganbatte yang telah sebati dalam diri mereka. Masih ramai yang hilang tanpa dapat dikesan meninggalkan anak-anak kecil dan juga ibu bapa yang kehilangan anak. Yang pasti mereka terus bangkit dan tetap meneruskan kehidupan dengan harapan mereka dapat membina kembali bandar dan kediaman sepertimana yang pernah mereka diami.
Kejadian ini seharusnya menjadi iktibar dan peringatan bagi setiap diri kita yang bebas daripada ancaman kuasa alam. Mungkin kita di Malaysia mengalami banjir yang teruk hingga menyebabkan kehilangan rumah dan harta benda tapi hanya sedikit yang menjadi korban jika dibanding dengan bencana di Jepun.
Kita mungkin mendapat biasan gempa dan tsunami seperti kejadian tsunami yang pernah berlaku beberapa tahun lalu dan ini sudah cukup mengingatkan kita bahawa kuasa alam tidak boleh dipandang ringan.
Bencana boleh terjadi tanpa disangka dan di mana-mana. Kita mungkin tidak berdepan dengan gempa bumi atau tsunami yang mengorbankan banyak jiwa saban waktu tapi kita masih mengorbankan ramai mangsa di atas jalan raya. Hanya kita sahaja yang mampu mengelak daripada terus menjadi mangsa seterusnya.Tinta Emas - Jaga dan hargailah bumi kita, jangan sampai ia marahkan kita dengan menimpakan segala kuasa alamnya pada kita nanti.
Monday, March 14, 2011
Khabaran duka
Gempar seketika hari ini (11 Mac) bila mendengar Jepun dilanda tsunami akibat gempa bumi yang mencecah 8.9 darjah skala Richter. Gempa yang berpusat di Iwate itu berlaku pada lewat jam 1.46 petang waktu tempatan. Bila sahaja mendapat berita ini, Mama segera minta aku hubungi Azim yang berada di Miyazaki. Mana tidaknya, selepas gempa bumi kuat berlaku tsunami melanda dengan ganas dan melenyapkan sebahagian besar bandar-bandar berdekatan dengan pesisiran laut.
Hari berikutnya melaporkan berita letupan besar terjadi di loji nuklear di Fukushima. Ditambah lagi dengan bekalan kuasa elektrik terputus bakal menyebabkan kegagalan reaktor berfungsi dan mungkin menyebabkan letupan susulan dan kebocoran bahan radioaktif akibat pemanasan melampau dalam reaktor. Ini sememangnya bencana terburuk abad ini!
Tak ketinggalan aku juga mengalami bencana, walaupun tak seburuk gempa bumi tapi tetap membantutkan kehidupan aku. Tiada apa yang dapat aku buat untuk sementara ini, hanya tetap mencari peluang yang ada. Aku pun harap segalanya masih dapai diubah dan belum terlambat untuk aku bertindak. Tanggungjawab aku ditagih bila ayah sibuk menguruskan perkhemahan PBSM sekolahnya. Dapatlah juga aku jadi peneman Mama yang setia mendengar perkhabaran bencana dari Jepun. Tambah merisaukan bila berita terjadi gegaran susulan di sana dan juga terdapat aktiviti aktif gunung berapi yang dijangka akan meletus di kawasan Azim.
Aku harap di sebalik berita-berita duka dan malang ini akan segera berakhir tanpa memakan korban yang ramai. Hanya doa dan tawakal padaNya aku berserah. Moga segalanya selamat dan kembali pulih segera.

Sunday, March 6, 2011
Berjalan, Melihat dan Mentafsir
Bila di dalam perjalanan yang panjang dan jauh, namun di pertengahan jalan kita tersasar daripada haluan yang betul. Apa tindakan yang sepatutnya diambil? Adakah perjalanan kita itu masih lagi satu perjalanan yang menyeronokkan atau kita jadi patah semangat untuk meneruskan perjalanan? Untuk menjejaki semula arah yang betul dan meneruskan perjalanan tersebut, kita terpaksa berharap kepada tanda arah dan intuisi sendiri, lebih-lebih lagi jika kita tidak arif tentang jalan yang dilalui.
Pernahkan kejadian sesat dalam perjalanan berlaku kepada anda? Mungkin kita akan berasa kita telah membuang masa dengan mencari arah jalan yang betul dan terlalu banyak persimpangan yang mengelirukan telah buatkan kita menjadi tertekan dan marah. Aku pernah melalui saat-saat yang memenatkan dan membengangkan dalam perjalanan panjang yang tersesat. Bukan kerana tidak arif dengan arah jalan tetapi tanda arah yang mengelirukan, apatah lagi bagi pengguna jalan yang 'mahir' untuk sesat seperti aku ini. Bayangkan perjalanan melalui Lebuhraya Pantai Timur telah lebih daripada berpuluh kali aku lalui, baik dengan menaiki bas atau berkereta. Namun segalanya agak sukar bila cuaca dan keadaan mengawal suasana perjalanan.
Seharusnya pengalaman sesat atau tersalah ambil persimpangan jalan dapat membuatkan kita lebih peka dan belajar daripada kesilapan itu. Bila kita sampai atau melalui suatu tempat yang asing, kita dapat lebih banyak pengalaman dan melihat keadaan sekitar yang belum kita tengok. Tempat-tempat terbut mungkin nanti menjadi tanda arah dan bantuan untuk kita dalam perjalanan akan datang. Begitulah juga dengan pengembara-pengembara di waktu lampau, mereka menjelajah dan merantau ke seluruh ceruk rantau dan jalan hanya untuk mengenali dan belajar tentangnya. Bila mereka kerap kali menunjau dan melalui jalan yang sama, mereka jadi lebih mahir dengan laluan itu. Malah begitulah bagaimana peta-peta dilakar dan hingga kini menjadi alat kembara yang penting untuk kita hari ini.
Betapa bernilainya pengalaman kita yang sesat atau kesilapan yang dilakukan tanpa sengaja kerana semua itu pasti dapat digunakan dengan lebih baik oleh kita sendiri atau juga untuk orang lain. Oleh itu, janganlah terus panik atau tertekan bila kita tersasar daripada laluan, kerana di situlah nanti terbuka satu lalauan baru menuju destinasi sebenar.

Subscribe to:
Posts (Atom)