Sunday, August 28, 2011

Salam Aidilfitri, Salam Kemerdekaan dan Selamat Hari Lahir

Saat menantikan pengumuman hari raya adalah yang dinanti-nantikan oleh kami sekeluarga. Dua, tiga hari sebelum itu persiapan untuk menyambut Syawal akan dilipatgandakan. Paling utamanya tentulah membuat biskut raya. Walaupun beberapa jenis biskut telah pun dibeli, tetapi tradisi membuat biskut masih kami teruskan. Juadah 1 Syawal pun telah siap dipilih dan hanya menunggu saat bila raya diumumkan saja.

Tahun ni tidaklah banyak berbeza daripada tahun lepas. Cuma sedikit terasa kelainan kerana Azim, adik aku yang sedang belajar di Miyazaki, Jepun tidak akan bersama kami beraya. Atas sebab dia sedang berusaha menghabiskan tahun pengajiannya yang terakhir, kami terima akan ketiadaan dia pada raya kali ini. Alhamdulillah adik-adik aku yang lain masih dapat bersama.

Paling istimewa lebaran tahun 2011 kali ini akan disambut sekali dengan perayaan sambutan kemerdekaan negara yang ke 54 dan tak lupa juga bersempena hari lahir aku yang ke 27. Tapi mungkin tak ramai yang akan perasan akan tarikh lahir aku sebab terlalu gembira nak sambut raya dan juga terlalu teruja nak kibarkan Jalur Gemilang bagi Hari Kemerdekaan nanti. Walaupun aku dah dapat agak sambutan kepada aku akan tenggelam, namun aku takla berkecil hati pun. Dah besar panjang pun takkanla masih nak harap orang wishkan aku lagi ye tak? Walau apa pun jika ada sedikit ingatan untuk aku pada hari lahir aku, itu aku anggap sebagai bonus 'duit raya' buat aku.

Buat semua rakan-rakan dan teman, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ATAS SALAH SILAP DAN TERKASAR BAHASA, MOGA LEBARAN INI MEMBERIKAN KEGEMBIRAAN DAN RAHMAT UNTUK SEMUA DAN KELUARGA.
SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 54 &
SELAMAT HARI LAHIR buat diriku sendiri dan buat sesiapa yang bakal menyambut hari lahir sama/pada tarikh tersebut.
Salam sayang dan salam muhibah buat semua!

No comments:

Post a Comment