Rasa resah gelisah semakin sebati dalam diri. Sejak beberapa bulan ini, aku tak dapat berfikir dengan tenang. Ada saja yang datang mengganggu; panggilan-panggilan entah daripada siapa tak putus-putus menggegarkan telefon bimbit aku. Namun aku buat tak endah semua tu. Masih ada yang lebih penting yang harus aku tumpukan.
Rutin aku beberapa minggu ni berulang alik daripada kampus. Di sana aku akan duduk sama ada di laman perpustakaan, bilik bacaan fakulti, dataran fakulti atau di surau; melayari laman sesawang. Mencari apa yang perlu, mengemaskini apa yang patut dan yang pasti aku menanti sesuatu yang tak pasti. Bila difikirkan segala masalah aku berpunca daripada 'dia'. Tiap-tiap hari aku menunggunya di dalam talian agar aku dapat cari penyelesaian. Tapi semuanya sia-sia. Sepatutnya aku ke makmal untuk habiskan kerja-kerja yang tertangguh. Aku elakkan diri daripada menjelmakan diri aku di sana. Mungkin juga aku elakkan diri daripada mereka semua di sana. Tapi apa salahku?!
Masalah yang ditanggung ini cukup berat! Aku sanggup tinggalkan segala yang aku kerjakan sekrang tapi aku tak sanggup mengecewakan dua hati yang terlalu mengharapkan aku. Aku tersepit dalam dilema ini. Aku perlu habiskan pengajian ini dan dalam masa yang sama aku perlu mencari sesuap pengalas perut sendiri. Ditambah lagi masih banyak yang perlu aku jelaskan kepada beberapa kawan dan teman. Betapa beratnya dugaan yang harus aku pikul. Aku hidup dengan dunia walang aku sendiri. Sampai tersedar aku tak pernah menguntum senyum walaupun selama seminit dua.
Inikah hidup yang perlu aku tempuh? Jika beginilah adanya, aku akan luputkan gelak tawa dan senyum gembira daripada hati ini. Hidup dalam masalah dan tekanan mungkin telah sebati dalam diri aku. Teramat berat hati ini bila memikirkan yang aku juga harus lupakan niat untuk berteman. Tiada siapa yang dapat membantu, aku tak punya siapa untuk memohon bantuan; cuma DIA yang tak putus-putus aku cari dalam doaku. Mungkin suara aku masih belum sampai masanya untuk didengari, namun aku tetap akan terus meminta daripadaNYA. Kerana tiada apa yang mustahil yang tidak dapat dilakukan oleh zatNYA Yang Maha Agung.
Tinta Emas ~ Jika ada insan yang sudi menghulurkan bantuan, kiranya diri ini sungguh berbesar hati. Mengharapkan jika 'dia' yang dulu masih bersama, sekurang-kurangnya aku ada tempat untuk mengadu....
dalam kehidupan halangan & rintangan itu adalah lumrah. jgn asyik menyalahkan org lain. berpijaklah di bumi yg nyata. renungi & muhasabah diri sendiri...kerana adakalanya seseorang itu buta menilai, lupa daratan & tidak pernah menghargai pemberian org. apatah lagi "memakan duit" org lain. setiap manusia itu diuji dengan masalah jadi carilah jalan utk menyelesaikan masalah bukannya menambahkan masalah yg sedia ada. ingatlah seseorg yg lebih mengatahui hukum hakam agama seeloknya berkelakuan seperti org tahu agama bukan sebaliknya. selama mana anda ingin hidup dalam dunia fantasi anda sendiri?dunia yg penuh kepura-puraan? pernahkah anda terfikir kenapa & mengapa doa anda tidak dimakbulkan? sekali lagi..renungi & muhasabah diri sendiri....
ReplyDelete