Showing posts with label Tambah pendapatan. Show all posts
Showing posts with label Tambah pendapatan. Show all posts

Saturday, July 5, 2014

Letih puasa, letih lagi melayan karenah manusia

Selamat berpuasa....teruskan 'perjuangan' hingga ke akhir Ramadhan. Moga dipermudahkan...


Tahun ni masuk tahun kedua aku berpuasa tanpa Mama. Tapi tahun ni jugak Ayah ada 'teman' baru. Syukur jugakla sebab kebanyakan kerja rumah boleh dibagi-bagikan tapi aku masih perlukan ruang dan masa untuk terima semua yang dah tertulis ni. Sebab aku masih berusaha untuk kukuhkan kedudukan di rumah ni dan juga aku masih perlu fikirkan masa depan, aku terima dengan separuh jiwa segala yang berlaku.

Banyak peluang yang aku terpaksa lepaskan beberapa bulan sebelum bulan puasa tiba. Namun aku tetap rasa itu semua ujian dan aku redha. Aku tetap laksanakan kerja-kerja membantu Makcik dlm pengajian dan urusan kerjanya. Namun aku masih ada ruang untuk buat kerja-kerja sambilan yg lain.

Kerja-kerja dgn Persatuan pun ditangguhkan sepanjang bulan puasa. Rasa macam 'lumpuh' sebelah badan bila tak ada kerja-kerja yang perlu dibuat. Sebabnya percaya atau tidak, aku rasa macam 'bernyawa' dan 'berguna' bila buat kerja-kerja untuk Persatuan. Itu kerja yang aku paling suka buat...walaupun aku tak dapat apa-apa bayaran. Bila jumpa dengan diorang tu semua, rasa macam satu family. Bila time meeting lagila, macam2 ragam aku boleh tengok. Best sangat. Lagi best bila dapat jumpa yang sorang tu...hehehe, aku suka tengok 'dia'. Trademark dia kt cap yg dia selalu pakai. Topi tu dh sebahagian dari diri dia dh. Dulu aku ingat yg dia ni memang suka pakai topi tp bila aku tahu cerita di sebalik topi yg dia selalu dok pakai tu, aku rasa mcam berminat nk tahu lebih lanjut lagi pasal dia. Walaupun masa berPersatuan je blh temu mata, itu pn dh cukup. Nak lebih2 aku tak berani, sapala aku ni nk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dgn dia....

Bila kerja Persatuan dh stop ni, aku pn dh xleh nk jumpa dia selalu. Time meeting ke, time ade aktiviti ke, time tu la aku boleh jumpa, cakap dgn dia. Tu pn just cakap pasal hal Persatuan je...tak lebih, tak kurang. Nak aku alih topik ke lain, harussss aku tak berani! Itu pn mujur je dia nk layan aku cakap, nk gelak2, nk senyum pada aku. Nak harap aku jumpa dia kat luar, tak adanye. Tu la, bila aktiviti Persatuan stop je...aku jadi tak tentu arah jgkla. Sabar je la....

Ishhh, cukup aku merepek! Bulan puasa ni aku amik keputusan nk berniaga. Mula-mulanya bukan beriya-iya pn tp lepas Kak Endang mintak aku kongsi nk amik port dkt bazar stadium, aku setuju je. Tapi dkt2 masuk Ramadhan br ni, tempat dh habis org booking. Melepas....kesian aku tgk Kak Endang bersungguh nk meniaga, niat dia nk cari rezeki sikit buat tampung belanja raya anak-anak dia. Aku pn terus tnya Abe Sche kot-kot dia nk meniaga time puasa kt cafe dia. Alhamdulillah lega bila Abe Sche pn nk buka meniaga time puasa. Cuma dia mula agak lewat, hari ketiga puasa baru mula berniaga.

Kak Endang buat lauk-lauk sikit dgn kuih, aku buat kuih-kuih jugak dalam 2,3 jenis. Alhamdulillah, berkat nekad nak jayakan projek ni, dari tak penah pun aku buat kuih-kuih manis tradisi Kelantan tu suma, tahun ni aku berjaya buat dengan suksesnya! Percubaan hanya sekali dan seterusnya adalah kemahiran dan kesungguhan aku sendiri. Syukur sangat. Sin pn tolong cari satu dua lagi bazar yg boleh dihantar, so takla hanya bertumpu satu tempat je. Kami hantar di Pintu Gend dan Berek 12 juga.

Moga berjayala adanya usahasama aku dengan Kak Endang ni dan semoga adalah rezeki lebih untuk dia beraya bersama anak-anaknya nanti. Wish us luck! Taqaballahu minkum.





Wednesday, October 23, 2013

SWEETCUPPY BAKERS APPRENTICE ~ Langkah pertamaku...

Rasa sangat best bila dalam umur sebegini (takla tua sangat..hehehe) masih berkesempatan mengetengahkan bakat dalam bidang yang dh lama diceburi...MEMBUAT KEK!!

Alhamdulillah DIA telah gerakkan hati untuk join group Sweetcuppy Bakers Apprentice ni yang kebetulan pengendalinya adalah senior Naim Kak Hanani Sulong, lebih dikenali sebagai solo Soutun Naim tersohor. Agak lama untuk mula setelah hampir 3 minggu membeli DVD dan e-Book Sweetcuppy. Namun 3 hari lepas DIA permudahkan urusan dan halangan untuk mencuba, itupun setelah mendapat sms daripada Kak Nanie. Petanda untuk bermula la tu.

Bakat aku dah sedia ada, namun aku harus menajamkan skill dan teknik. Percubaan pertama adalah resepi Cream Puff dengan isian kastad. Berjaya dengan baik walaupun dengan saiz yang tak sekata. Namun rasanya dah boleh jual dh!


Bila dipos di Fb, komen memberangsangkan aku terima. Di group Sweetcuppy pun Kak Nanie beri komen yang membina. Apa lagi, makin naikla semangat nk cuba yang lebih baik lepas ni. So lepas tu aku buat lagi untuk kali kedua, dan aku rasa aku dh boleh adjust saiz puff aku. Bolehla nk ambil order ni.

Kak Yah (jiran depan rumah) adalah pelanggan pertamaku. Walaupun pesanan tak la banyak sangat tapi peluang yang diberi ni aku takkan lepaskan. Pujian melangit aku terima dan gembiranya dia melihat hasil tangan aku. Harap aku akan dapat lebih banyak order lagi lepas ni.

Ini hanyalah langkah permulaan aku menjadi The Great Baker!!


Tinta Emas: Order telah dibuka untuk semua.
RM1 - 3pcs
RM2 - 6pcs
RM5 - 12pcs
RM10 -
20pcs

RM25 - 50pc


PM/SMS 012-6295477 (whatsapp)/ 011-29350584 - AZURA
FEEL FREE FOR LIKE MY other PAGE on FB https://www.facebook.com/AyzhraHBH

Visit to this page as well http://ayzhra-health-beauty-house.blogspot.com/

"Kekal Sihat, Tampak Cantik, Hargai Peribadi"