Wednesday, July 30, 2014

Kizuna among us is the love, joy and happiness!

Salam Aidilfitri 1435H. Dah 2 Syawal baru dapat menulis. Sakannya beraya sampai nk mengadap laptop pn tak sempat. Meja tulis ni dh hampir penuh dgn debu dah...hehehe

Tahun ni banyak lainnya berbanding tahun lepas. Walaupun tempoh setahun je tapi seakan beza hampir 4 tahun. Nak tahu ape yg bezanya raya tahun ni dengan tahun lepas....

#Tahun ni 2014 ni, ayah dh ada isteri yang beraya dengannya. Sori it's still awkward for me to accept all this...so that's the real thing I got to deal with.

#Sepanjang Ramadhan, aku tolong Kak Endang berniaga kuih-muih dan lauk-pauk, dihantar ke beberapa tempat bazar Ramadhan. Cari duit raya katanya, aku tak kisah lagipun aku dh tak berapa nk beraya pun.

#Halaman rumah dah penuh, ye la thn ni sorang2 dh ade kete sendiri. Klu yg tak balik thn ni tu tak balik pn xpe. Dah xde space parking dh pn.

#Planning aku macam biasa tiap2 tahun raya, buat biskut...buat kek...jahit baju...tp bab baju je yg sempat separuh jalan je. Tu pn bukan bj yg plan nk pakai raya. Biskut pn tak byk yg dapat buat dek tak menang tangan dengan projek puasa. Result akhir projek puasa...tak berapa berjaya :( mungkin sbb permulaan dan hanya hantar kuih lauk pauk je bukan amik gerai sndri. Takpela, insya Allah tahun depan nk buat lagi dan kali ni akan amik gerai sebuah.

#Tahun ni ingt dh dapat ajak family si dia datang rumah...tapi nampaknya si dia pn xjumpa-jumpa lagi. Hmmm, I'm still searching...and hopefully he is not that far coz I'm tired already. So tak dapat naik pelamin lagila tahun ni....ehhh, yg ni takde bezanya dr tahun-tahun sebelum ni, hehehe

Banyak kan beza yang dapat aku catat...tu br yg besar-besar, yg kecik-kecik hal tu belum lagi aku jot down semua. Tapi biarlah dulu, aku cuma harap yang semua ni akan berubah tahun depan, insya Allah.

Di sini aku nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin atas segala salah dan silap yang tak sengaja, yang sengaja atau yang bersebab. Kepada semua rakan, sahabat, kawan dan teman seperjuangan sejak zaman sekolah rendah, sekolah menengah, universiti dan member sekerja dan kenalan dalam persatuan semua, semoga beroleh lebaran paling indah bersama keluarga tersayang. Nikmatilah kemenangan ini setelah berjaya mengharungi sebulan berpuasa.

Minal aidil walfaizin.


Kizuna among us...
I hope what binds us now would never be loosened

We got this close even we're different since the beginning
The moments we had are the best moment we shared
That's the kizuna that get us more closer each day...

Friendship, trust and love.

No comments:

Post a Comment